19.12.09

16.12.09

penyokong bangang

1999 ialah zmn kegemilangan man u, tp time tu chelsea klhkan man u 5-0..sejak tu rasa kagum ngan chelsea wlopon time tu x power sgt..plus chelsea ada zola..start time tu aku da mula minat chelsea..main game fifa kat pc pon aku pakai chelsea..nk bli jersi yg ade kolar sponsor fly emirates dlu, xde duit nk bli ori..siam pon xde jual chelsea time tu..

bile org kaya rusia beli kelab ni n bg duit yg byk gile, aku da stat xminat sgt (tp still support) pasal beli player sesedap rs..mcm xfair utk team lain..then da jrg beli player, aku minat balik..

ari tu aku tgk game chelsea lwn everton..seri 3-3..aku frust gak la sbb bolos smpai 3 bijik kat home..tp xpe la..bola tu kan bulat..luck xde..bolos pon bola mantol je..tp fan chelsea kat kat stadium tu mmg wat aku bengang gile..ade ke boo petr cech..xtau ke brp byk jasa cech tu kat chelsea..dia tu antara keeper terbaik dlm dunia ni..da tahap2 buffon..time ni dia tgh x perform..support la dia..ini x, org tgh down kau nk bg down lg..bodo btol..mcm lembu..

game chelsea lwn man city..klh 2-1..lampard miss penalti utk bg seri game tu..pon ade la fan kat malaysia ni yg bangang thp gaban nk mrh lampard..ckp patot bg drogba angkat penati tu...kau ni bodo ke ape..kata fan chelsea..xtau ke mmg penalty taker chelsea mmg lampard..yg selama ni kau bersorak goal penalti tu sape yg amik..drogba ke?bangang nk mampos..klo 20 kali dia amik penalti, 1 xmasok kira ok la..

yg ske boo org, marah bile klh, ni sume konfem support sbb chelsea byk duit..sbb mng liga dlu 2 kali dlu masa zmn mourinho...support sbb nk support team yg mng..xclass la support team klh kan..

mane kau bile team ni taik dlu?kau knal ke marcel desailly,didier deschamps,frank lebeouf,graeme le saux,gustavo poyet,dennis wise?

where were u when u were shit?

bagi fan2 chelsea yg kononnye true fan chelsea, lampard da score penalti td..yg kutok lampard xyah amik penalti ari tu bole blah..kau bkn fan..kau cume ske team yg mng je..kau pegi sokong team lain..wat busuk nama fan chelsea je..siap ade headline suratkabar "CHELSEA FANS HAVE NO CLASS"..ni sume sbb org2 mcm ni la..

anyways, ptg ni malaysia lwn vietnam...xde harapan tggi sgt nk mng sbb vietnam mmg power..ari tu grup stage da klh 3-1..semi pon vietnam bantai singapore 4-1..xkisah mng ke kalah..yg pntg kne la main cantik..organized..teratur..jgn main taik..gelabah..MALAYSIA BOLEH..


11.12.09

psm usm

ke usm utk 4 hari..misi aku nk tau teknik membuat kertas dgn btol..in conclusion, misi tercapai..tp aku ada tugas berat sbb kat sana pakai machine..aku kat ito ni xde..so kne la wat kertas mcm zman kuno dlu..nasib baik kat sana ada 2 org amoi yg friendly tlg aku..mendy n hebby..thnx a lot..really appreciate the help..dr mazlan mmg sempoi..wlopon bkn student usm, dia guide mcm aku ni sutdent psm dia..mmg terbaik..

kat sana, baru aku tau satu bnde..yong tau fu dia x ade sup..amik bnde2 tu sume pas tu dia campor kuah mcm rojak petis rs dia..lain skit la..terkejot gak ms bnde tu smpai kat meja aku..bole thn la rse dia..tp still ske yg sup nye better..

harap pas ni dpt la g jln jaoh2 skit..thanks dee, mendy, hebby, dr mazlan, pak abu, en azhar, abg raja...thanks for the experience...

28.11.09

tagging

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?.
duit mmg penting...

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
topup

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
tepi laot..

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
nk masok 4 thn

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
ya..

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
secret recipe

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
finite element analysis

8. Nama penuh anda?


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
emak

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
im yoona..hahaha..

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
malas..byk sgt..

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
ya..

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
ntah la..

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
1- pelik
2- byk ckp
3-bakal cikgu
4-manja
5-gedik..hahaha..

15. 8 perkara yang saya gilai?
1- ain
2- chelsea
3 -yoona
4- bolasepak
5- seni
6- komedi
7- sukan
8- makananBold
16. Pelukan atau ciuman?
both

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
saya malas membaca

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
- misguided ghosts-paramore
- resistance-muse

19. mari main TAG orang lain.
sila la sesape nk wat..

25.11.09

.tagged!.

tagged by fathen suriati jusoh.ten,ni aku buat okay.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?.

benda kan?duit.

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
air kotak dan nasi segera.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
rumah mama ayah di mana semua orang yang saya cintai menghadirkan diri.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
soalan tak specific.

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
saya sedang rindu.ingin pulang.

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
cinta

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
tak ingat.sudah berlayar ke malaysia.

8. Nama penuh anda?
nad

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
both.

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
ramai sangat.

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
saya ada lebih daripada 8 orang.alhamdulillah.

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
yes.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
bali.tapi seronok tak?

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
1- kecik.
2- comel.
3-banyak cakap.huhu.jangan marah ten.
4-a teacher to be.
5- fun.

15. 8 perkara yang saya gilai?
1- tidur.
2 - bercerita.
3 -jalan2.
4- berangan.
5- coffee.
6- tanya soalan merapu.
7- makan,mengunyah.
8- chocolate.Bold
16. Pelukan atau ciuman?
both.

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
lama tak membaca.

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
- bintang di surga.
-walau habis terang.

19. mari main TAG orang lain.
irsyad.lama engkau hilang.muncul balik.
siapa2 yang mahu buat.

17.11.09

.walau habis terang.




Ku terbiasa tersenyum tenang
walau aaa...
hatiku menangis

Kaulah cerita
tertulis dengan pasti
selamanya dalam pikiranku

Uuhh.. Selamanya…

Peluk tubuhku untuk sejenak
Dan biarkan kita memudar dengan pasti
Biarkan semua seperti seharusnya
Takkan pernah menjadi milikku

Lupakan semua
tinggalkan ini
Ku kan tenang
dan kau kan pergi

Berjalanlah walau habis terang
Ambil cahaya cinta kuterangi jalanmu

Di antara beribu lainnya
kau tetap..
kau tetap..
kau tetap..
benderang..
Aaa…

16.11.09

.pulang.

december 1,2009-
flight from wellington 10+.
flight from auckland 14+

kira2.cuma berbaki lebih kurang 2 minggu untuk pulang.tapi terasa seperti 2 tahun lagi.cepat.cepat.cepat.cepat.

11.11.09

.saya akan rindu kamu.

vic uni main library.
serious.macam heaven.
9 tingkat.
semua pun ada.kamus dewan,buku tentang dr m,semua2.
counting days to go back home.
but then,sedih pun ada.bittersweet.
mesti aku gila rindu library.
sangat condusive.
hangat.so,kalau mahu jimat electric bill,
bawa lappy,bekal segala.buat reading untuk assignment dalam library.hehe.

encik library,mahu ikut saya balik?
tapi saya mahu letak kamu di mana ya?



*bayar fine.hehe.



*view dari level 7.


sekian,saya nadiah mohd huzir melaporkan. =>

*sila gunakan tangga untuk turun.hal ini kerana,sekiranya anda menggunakan lif,anda akan berasa malu.begitu juga sekiranya anda ingin naik 1 atau 2 tingkat sahaja.



6.11.09

.untitled.

engkau cepat sentak sentap bila dia usik hati engkau.

berubah garis muka,berendam air mata,berteman sebak.

tapi engkau jarang peduli bila engkau guris tusuk ramas perah hati dia.

dia senyum,diam,ketawa.boleh engkau baca hati dia?

yang separuh hancur kerana engkau.

acapkali dia akan kutip dan cantum serpihan.

jadikan bentuk hati semula sehingga berasa lelah.

lalu satu hari nanti dia tidak lagi punya hati.

kerana engkau.

pernah engkau sedar?



p/s:
not dedicated to any individual.just a reflection.tentang manusia.personal daripada aku.manusia akan fikir 10 kali tentang dirinya baru 2 kali tentang manusia lain.itu termasuk aku.oh,mungkin nisbah itu berbunyi terlalu kejam.tapi generally manusia akan fikir tentang rasa "aku" sebelum rasa "engkau".betulkan aku jika aku salah.dan temukan aku dengan manusia mulia itu.aku ingin belajar daripada beliau.

3.11.09

.hush.

meadow.windy.

"diam"
"harus?mesti?"
"definitely"
"akan tertelankah?"
"akan dicuba"
"sampai bila?"
"sehingga hujung nafas"
"lalu?"
"bantu aku"
"apa?"
"matikan bom jangka"
"bagaimana"
"no idea.lari mungkin"
"childish"
"aku tahu.lalu aku bertetap di sini"

*sunyi*

"dinding itu semakin menipis.jangan nafikan"
"aku sedar.empangan itu sudah banyak bocornya"
"dan engkau lakukan apa?
"mending the dam"
"pasti?"
"aku sedang mencuba.i really am"
"haha"
"diam.letak diri engkau di tempat aku.sehari cuma"

*sunyi*

"berbaloikah?hidup dengan tidak punya suara"
"ada.cuma terlalu perlahan"
"atau mereka refuse untuk dengar?"
"mungkin.aku bukan si rama2.aku lalat.menggelikan"
"engkau tetap hidupan"
"hidupan yang menyesakkan dunia.sebolehnya mahu dibuang"
"pada satu saat,engkau akan diperlukan"
"ya.ketika ketiadaan option"

*sunyi*

"engkau mahu rasa signifikan,bukan?
"jauh sekali"
"lalu?"
"aku cuma mahu rasakan yang aku bukan sisa"
"ikut aku ke dunia aku.akan aku berikan engkau cinta,penghargaan"
"aku akan berdiam disini.aku sudah lelah mencari tempat"
"bodoh.ketiadaan engkau akan disedari.mungkin ada penyesalan"
"kelakar.ada tiada aku tidak memberi apa2 jauh sekali untuk dikenang"
"mahunya engkau apa?"
"menunggu di sini sehingga berakhirnya masa"

*sunyi*

"aku tinggalkan engkau di sini"
"doakan aku kuat untuk telan semuanya"
"kesat air mata.tarik nafas.lakar semula senyuman sebelum pulang"
"i will"
"this offer is only once"
"understood"

1.11.09

23.10.09

.mari menyanyi.



*gambar2 di atas adalah hiasan semata-mata*

tak ada kerja.
bosan.
pejam mata.
pakai earphones.
nyanyi lagu.
out loud.
lagu ini comel tapi banyak mesej.

"lu cilok gua,gua cilok lu.cilok gua,gua cilok lu.cilok gua,gua cilok lu.cilok.baik punya cilok!"
sambil goyang kepala,tepuk tangan dan hentak kaki.
lebihlah nad...

cari lirik,tapi tak jumpa yang betul2.nak letak video,lambat.
aduh...

20.10.09

.introducing,arthur.




"life can be so strange"

semua orang ada bahagian masing2,kan?
sedikit bahagian buat atok di sini sekarang.
semoga bahagia menunggu atok di sana.
InsyaAllah.
kami doakan atok...

.terima kasih.

terima kasih Tuhan.
untuk nafas,kekuatan,dan harapan.
untuk kebahagian dalam kesedihan.
juga untuk kesenangan di sebalik kesusahan.

terima kasih mama,ayah,aqel,haziq,faiq.
atas cinta yang tak pernah bersyarat,
untuk doa yang tanpa putus,
untuk kasih yang tanpa ingin imbalan,
juga untuk setia yang sangat tulus.


buat adik beradik,
terima kasih,
atas kesudian mendengar.
untuk doa,masa,keterbukaan,nasihat,sokongan,cinta, dan penerimaan kalian.



kerana itu yang membuat aku terus tegar di sini.

17.10.09

.kahwin.

entry tak ada kaitan dengan tajuk.malas fikir tajuk yang appropriate.lepas tu rasa nak cerita2.plus,ada unsur fitnah di sini ya.in conclusion,entry ini boring....

tadi makan banyak di open house.

junior aku yang duduk di belakang aku sapa, (perbualan diedit)
"nad"
"erm"
"kau nak tahu tak?"
"ape?"
"muka kau macam junior kita"
"third cycle?"
"haah.sama gila.bentuk muka semua"
"haa...kau pun nak tahu tak,muka kau macam kawan aku gak"
"tapi kawan kau tu suka kau tak?"
"erk.taklah.kau ni..."
"takdela...sebab junior tu suka aku"
"ye ke?ke kau perasan?"
"betul ni.serious.muka sama dengan kau.blur2 dia pun macam kau"
"yela tu.kau.cakap aku blur pulak"
nasib baik dia tak claim aku suka dia.haih.
"bot,bila nak kahwin?"
"lagi dua tahun"
"masa tu umur baru 23 ke 24"
"haahlah"
"bagus kau.kahwin awal"
"yelah.nak apa lagi kan..."
tiba2 ada brader sound aku,
"fikir kahwin je..."
muka aku biru hijau.dahlah tak kenal dia.tak pernah nampak pun.gila kau.
"mana ada.fitnah je.tak fikir pun"
ada lagi satu junior menyampuk, "yelah kau nad...dah ada calon kan?"
"fitnah weh"
tiba2 aku nampak macam birah nak kahwin.eh,mana ada.kahwin benda baik.mana ada birah.kan?
"weh.orang dah ramai.balik jom.kita buat menyemak pulak kat sini.aku nak balik"


tiba2 aku rasa kagum dengan dia.sebab mahu kahwin awal.bunyi macam lelaki baik2.aku puji kau!ding2!patutlah kau beriya kerja.kumpul duit...bagus2.

buat sara tersayang,
bila mahu langsung?kesian abang dah tunggu lama.sampai beruban.setia sara...
sara kantoi!haha.dating dekat taman bunga.romantic gitu!aww!

*spotted-sara bersama abang (nama dirahsiakan) sedang memadu kasih di botanic garden.mesti abang ni first rank kan dalam list lelaki yang menggetarkan untuk sara*

15.10.09

.getaran jiwa.

assignment in progress.take 5 lah.bual tentang lelaki kacak.boleh,kan?
first of all.menyedari diri.tapi takkan lah sebab tak cantik,aku tak boleh cakap tentang lelaki kacak.right?
ok,now.the names are listed randomly,not ranked.note also,beauty is in the eye of the beholder.
5 lelaki yang di mata aku adalah menggetarkan.
whoaa!

1.mustapha maarof

2.aqasha

3.fauzi baadila

4.song seung hun

5.jung woo sung

13.10.09

.atok=arthur.

last 2 weeks:
aku dan diana beri chocolate,gambar, sama card buat atok.
over sebab beri gambar.
who cares?
kami beri sebab kami mahu atok tahu nama kami.
tak ada masa mahu ramah mesra dalam bas.
"sir,nak jumpa...kite lunch ye someday"

hari ini balik kerja,naik bas.
atok kata ada something buat aku.
atok suruh tunggu.tiba2 pergi bangun dari seat ambil bag.
aku malu sedikit,sebab orang dalam bas tengok.
dia buka bag,keluarkan card.
"untuk awak"

aku senyum sampai telinga.
ambil seat,terus baca.
kami ada date dengan atok!yeay!
atok suruh pilih satu hari sebab atok cuti.
dalam card,atok beri phone number.
atok seorang ye?sebab atok cuma ada bilik,bukan rumah.
eh,mana ada seorang.kan kita kawan.hehe.

ayat yang paling buat aku jadi seribu rasa;
"your friendship,this i will always hold dear to my heart."

sampai uni,
aku yang paling akhir turun sebab mahu cakap sama atok.
"terima kasih untuk card"
"awak suka?saya harap awak suka"
"mestilah suka.nanti kita jumpa"
"have a good day"
"awak juga.bye2"

dear my friend,atok,
nanti jumpa ya.saya habiskan assignment dulu.
mesti berdebar macam pergi first date.
nasib baik diana ada.
aku memang over.


*in case aku misplace.sampai mati aku mahu simpan.sebab punya high sentimental value*



.rapuh.


macam kuih batang buruk.

11.10.09

Fly Uncle Charlies Kite

test KI td mmg mcm haram...ckp teori sahaje..masok bab calculation yg pakai rumos panjang pecite...mmg cipan tol la..tension gak rs ni..mcm nk bantai org smpai koma..

tips utk bace title post ni...baca yg capital letters sahaje..

10.10.09

.happy belated birthday sayang.




semalam oct 10,birthday faiq.yang ke-12.adik,kaklong dah wish adik kan semalam?
selamat hari lahir sayang.i love you.adik yang itik.perut jangan lagi besar tau.hehe.rindu sangat dah ni dengan budak2.haih.

.dalam setiap sujud dan tadahan tangan,aku seru namaMu.

KONSEP DOA DALAM ISLAM

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengambil kesempatan pada hari Jumaat ini untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Agama Islam menggalakkan kita agar sentiasa berdoa kepada Allah. Allah memiliki segalanya. Setiap sesuatu berlaku dengan keizinannya. Maka kita dianjurkan agar meminta kepada Allah segala yang baik, untuk kehidupan kita di dunia ini dan kehidupan kita di akhirat kelak. Hanya orang-orang yang sombong sahaja yang tidak mahu berdoa meminta kepada Allah.

Doa bukanlah bermaksud kita meminta dan kemudian duduk memeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu apa pun. Akan tetapi doa mestilah disertakan bersama dengan usaha. Jika kita berdoa untuk dimasukkan ke dalam Syurga, kita mestilah berusaha dengan amalan-amalan soleh dan menjauhi dari perkara-perkara munkar. Jika kita berdoa agar Allah melimpahkan rezeki kepada kita, kita harus bekerja keras untuk itu. Jika kita berdoa agar Allah memberi kejayaan dalam peperiksaan sekolah, maka kita harus belajar bersungguh-sungguh.

Allah s.w.t mendengar segala permintaan kita. Apa sahaja yang kita minta akan didengarnya. Dan orang-orang Islam apabila mendengar akan dikabulkan oleh Allah, apatah lagi kalau orang itu beriman dan melakukan banyak amal soleh. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah, bahawa ada doa yang Allah kabulkan dengan cepat, ada doa yang Allah tidak kabulkan dan ada doa yang Allah simpan untuk hari Qiamat.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian,

Kadang-kadang kita tertanya, mengapakah Allah mengkabulkan permintaan orang-orang kafir sedangkan kita orang-orang yang beriman, kadang-kadang doa kita seolah-olah tidak dikabulkan oleh Allah?

Ketahuilah bahawa ada dua punca mengapa Allah cepat mengkabulkan permintaan hambanya. Pertama kerana Dia cinta dan sayang terhadap hamba tersebut. Dan kedua, kerana Allah murka terhadap orang tersebut. Sesungguhnya apabila Allah murka terhadap seseorang, ada ketikanya Allah akan menambah rezeki seseorang dan mengkabulkan segala permintaanya. Orang tersebut akan menjadi lebih lalai dari mengingati Allah, akan terus tenggelam dengan kenikmatan dunia dan maksiat. Akhirnya Allah akan mencabut nyawanya dalam keadaan dia lalai. Sehingga dia mati dalam keadaan buruk su'ul khatimah. Inilah yang dikatakan ulama sebagai istidraj.

Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 44:

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

Sidang Jumaat sekelian,

Kadang-kadang kita tertanya kenapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t sedangkan ktia banyak mengerjakan ibadah dan taat kepadaNya.

Jawapannya dua. Pertama, Allah s.w.t suka mendengar permintaan dari hamba-hambanya. Apabila Allah suka pada seseorang hamba, maka hamba tersebut dibawah rahmat dan perlindungannya. Allah juga akan menyimpan doa-doa hamba tersebut untuk kegunaan hamba itu di hari dimana tiada guna harta dan anak. Itulah hari kiamat. Apabila tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan hamba tersebut dari api neraka, maka ketika itu Allah akan menunjukkan kepada hamba tersebut segala doa-doanya dan ketika itu doa-doa tersebut akan dapat menyelamatkan hamba tersebut dari api neraka.

Begitulah, wahai sidang Jumaat yang dirahmati Allah, bagaimana cinta dan kasihnya Allah terhadap kita. Bukan kerana Allah tidak mahu memberi permintaan kita, tetapi Allah akan menyimpankannya untuk kita bagi hari Kiamat kelak. Itulah doa-doa orang-orang solihin, orang-orang yang taat kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat sekelian,

Perkara kedua yang harus diketahui adalah, antara sebab-sebab Allah tidak mahu mendengar permintaan dan doa kita berpunca dari diri kita sendiri, yang ingin meminta tetapi tidak patuh perintah Allah. Kita ingin Allah memberi kita tetapi apakan yang kita telah lakukan untuk Allah, untuk Islam, untuk Rasulullah s.a.w? Sanggupkan kita lakukan seperti Bilal? Yang menahan siksaan kerana keimannya kepada Allah? Sanggupkah kita lakukan seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq? Yang menafkahkan seluruh hartanya untuk Islam? Sanggupkah kita lakukan seperti Imam Nawawi? Yang mengorbankan siang dan malamnya, yang mengorbankan kelazatan hidup di dunia ini, untuk menegakkan ilmu agama Islam? Tidakkan kita malu, meminta dari Tuhan tetapi tidak patuh perintahnya? Pintalah Allah. Berdoalah kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi segala larangannya.

Berkata Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah:

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya iaitu untuk disembah.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak mengamalkan isi Al-Quran. Kamu senantiasa membaca Al-Quran tapi tidak kamu amalkan isi-isinya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah tapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu patuh kepada syaitan. Kamu akur bahawa syaithan itu musuh kamu tetapi kamu patuhi dia.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu mencampakkan diri kamu ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan Kamu ingin memasuki Syurga tapi kamu tidak melakukan amal soleh.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu sedar kamu akan mati tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu melihat kecacatan orang lain, tetapi kecacatan kamu sendiri, kamu tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain sedangkan keburukan dan kesalahan kamu sendiri kamu tidak nampak.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu mengecap nikmat tetapi kamu tidak bersyukur, bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu menguburkan jenazah orang lain tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri. Kamu lupa bahawa kamu juga akan dikuburkan kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita menjadi orang-orang yang sentiasa melakukan perintah Allah. Marilah kita berazam tidak mahu mengulangi segala perbuatan buruk kita. Insya Allah, segala doa kita akan diterima oleh Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat ayat 186:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik"

Barakallah...

i am very fond of this sermon.kind of an aide-memoire untuk aku.Allah maha pencinta dan maha mendengar.sejauh mana kita dengan Dia,Dia tetap ada ketika kita kembali.Tuhan itu tidak mengadili,sehingga roh tinggalkan kita.Tuhan selalu dengarkan kita.ada satu pinta aku yang sebabkan aku lumpuh kalau tidak dijadikan realiti.itu pada point of view aku,yang konon2 sangat tahu tentang diri sendiri.kalaupun kita bisik,"Allah,aku tak mampu",Dia lagi tahu perihal kita,kan?Dia tahu,kita kuat walau sekiranya di'hold' pinta itu.betul,kan?semoga dikuatkan aku,engkau dan semua menjadi hambaNya yang redha dan ikhlas.

6.10.09

.really?.

posting guru2 akan dilewatkan dan dibuat secara berperingkat mulai 2010.

5.10.09

.heart says home.

aku wish yang aku berada di satu tempat lain.

2.10.09

.tadi.

berlari dengan bergaya kejar bas.

masa tengah make bed dekat motel,aku confuse.diorang ni berenang ke,berlari ke,bersilat ke atas katil?kenapa sampai bed linen yang bawah sekali boleh tercabut?bergaya betul mereka tidur.

aku kagum tengok satu bag besar make up seorang guest.kayanya makcik tu...

aku tumpahkan liquid masa kerja.habis makcik tu punya liquid.sorry aunty.

aku tengok accident.brake sampai bunyi lepas tu berlanggar.

nak beli taro tapi xjadi.

pergi farmers tengok stroller.motif?entah.saja suka.

jalan balik sambil sembunyikan tangan sebab takut tangan hitam.panaslah hari ni.

1.10.09

97-08

inilah hasil pengumpulan aku selama 2 semester...skit lg nk lengkapkan collection...baju 2 season latest aku xde lg...blom ade rzki...

go chelsea...

kesan selepas raya

raya untuk aku xde pape yg spesel pon...just dpt duit raya and jln skit2..bes gak dpt jmpe spupu2 yg balik dr overseas..dgr cite diorg..duit raya thn ni aku wat bli jam ngan kasot..last time aku bli jam mase aku form 4..still ade smpai skrg..syg gile jam tu..

skrg, da naik cuti raya..keje mmg ultimate byk..design, k.i, vibration, control, n plg rabak psm...gile byk bebanan keje..xtau la bole siapkan ke x..

bile keje byk, aku jd bosan..mule la bkak movie yg da byk kali tgk sblm ni..main pes..facebook lg..nk diet pon ssh sbb aku mmg ssh nk wat keje klo lapa..

pas ni kene saving sbb br tuka bateri kete..sengal btol..time ni la dia nk kong..

ok..cukop..stat wat keje balik..

29.9.09

.rasa yang hangat.

tadi balik kerja tunggu bas.
setelah hampir 15 minit menunggu,bas nombor 18 pun sampai.
12:30 pm.dari jauh aku nmpak atok drebar dah senyum.
aku pun tunjuklah gigi kuning aku.
dah lama aku tak jumpa atok drebar ni.
sebab selalu either habis kerja awal or lambat.
so memang tak dapat nak kejar bas tu.
dalam sebulan lebih jugalah rasanya tak nampak atok drebar ni.
naik2 bas aku tanya,"apa khabar?"
dia senyum je.comel.serious.
sampai uni aku turun.aku cakap terima kasih.
tiba2 dia tepuk bahu aku.
dia cakap,"saya risau tentang awak"
aku senyum je.
nak cakap lama2 tak boleh sebab orang belakang aku nak turun juga.
aku turun lepas tu jerit,"jumpa lagi nanti!"

dalam hati terharu tak boleh describe.
sebab orang yang tak pernah tahu tentang aku.
tak tahu nama,
cuma kenal muka je,
boleh risau fasal aku bila lama tak nampak.
means masih ada yang sayang.hihi.perasan sikit bolehkan?


atok,saya berazam untuk tahu at least nama atok.
dan kalau boleh spend time dengan atok someday.
kita makan2 ke,saya nak tahu juga fasal atok.
atas bas tak boleh bual dengan atok sebab atok tengah drive.
lainla drive van ke.kan atok kan?
atok tahu tak,sebenarnya saya pun rindu atok sebab dah lama tak jumpa.
lepas ni saya nak habiskan kerja ngam2 je.
sebab saya nak jumpa atok selalu.
sebab atoklah saya tak berhenti senyum sampai habis kelas tadi.
sebab atok saya terus semangat nak pergi kelas.
saya saaaayaang atok.


Allah tu maha penyayang.sungguh.
pada masa aku rasa macam tak best je duduk sini,
Dia hantar mesej yang sebenarnya Dia masih peduli sama aku.
mana ada sorang2 nad.
sebab Allah tak lepas pandang setiap hambaNya.


terima kasih ya Allah.terima kasih atok.

28.9.09

.marah.

entri emo.aura negatif.tapi serious aku marah.aku minta maaf kalau bahasanya tidak elok.berbaur bongkak.kedengaran sepertinya akulah manusia sempurna.sungguh.aku tak pandai meluah bagaimana lagi.aku minta maaf.
tapi aku sebal, rasa sebak.

aku tak reti buat muka kalau orang itu tak sebati lagi dengan aku.
selalunya aku hanya akan senyum.ekspresi aku akan dipenuhi dengan senyuman.
marah pun senyum?tipu.kelakar.tapi itu aku.
walaupun aku senyum masa aku cakap tak mahu,jangan,tak nak,tak nak lah, aku memang betul2 mean it.
sekali dua aku boleh tolerate.
tapi kalau tak nak aku selalu di'ignore',aku jadi sebal.
aku tak suka marah2 sebab aku fikir ruang,keadaan,tempat,macam mana jadi awkward lepas aku elok.
tapi tak bererti engkau boleh buat suka hati engkau.
aku tak nak bersebab.bukan suka hati aku.
weh, aku tahu aku jahat.
bak kata engkau,
aku selalu di tempat terakhir bila aku di kalangan orang baik2.
tapi tak bermaksud engkau boleh jaja aku.
kalaupun aku lembik,
jangan engkau tegakkan aku.
kalaupun aku dependent,
engkau tak boleh sorong tarik aku.


lagi satu.
jangan overgeneralize aku.
sejukkan aku bukan seperti sejukkan dia.
aku dan dia sama secara fisiknya.
tapi aku nadiah dan dia bernama lain.


engkau rasa engkau cukup kenal aku.
engkau rasa aku senang.
maaf,
aku belum membuka sepenuhnya kepada engkau.

25.9.09

.buat kamu.

aku doakan yang terbaik,terindah,dan terharum buat kamu.


sesuatu itu tetap milik kamu biarpun aku pergi jauh.


semoga di garisan penamat aku bertemu kamu semula.


selamat hari raya.
aku rindu hari raya yang semalam itu.

19.9.09

.selamat hari raya.

september 20, 2009.

new zealand raya esok, bersamaan september 21, 2009.

selamat hari raya kepada semua. maaf dipohon banyak2. aku tahu, aku banyak buat salah. dengan Tuhan, dengan orang, dengan kamu semua. kadang2 sengaja. kadang2 tak. aku minta maaf. daripada kes terasa hati kepadalah kes dendam kesumat. aku manusia biasa yang tak pernah mampu untuk senangkan hati semua orang. aku tak lekang daripada berbuat khilaf. aku pohon kemaafan sekali lagi. sungguh. semoga hari raya tahun ni bawa banyak kegembiraan buat semua. semoga raya kali ini membuka pintu kemaafan kepada aku dan juga kamu. Amin...

14.9.09

.happy 45th birthday sayang.


today-september 15, 2009

ma,
happy birthday.kaklong sayang mama.kaklong doakan semua yang terbaik buat mama.semoga panjang umur,bahagia dunia akhirat,murah rezeki.semualah ma.yang orang selalu wish tu.
mama yang ter!hehe.tergarang,terbaik,termanis,tercomel.semua mama.

ma,
mama kawan baik kaklong.jangan berhenti sayang kaklong.jangan tak mahu kawan kaklong.sebab kalau mama berhenti,kaklong mati.mama nyawa dan nafas kaklong.

mama tunggu kaklong balik tau!nak makan masak lemak pucuk ubi dengan sambal telur mama.
nak peluk,bual,jerit,shopping,jalan2.nak semua dengan mama.oh dengan lagi satu kawan kita.angah.

selamat hari lahir sayang kaklong.semoga sentiasa manis.sampai bila2.

12.9.09

.man proposes,God disposes.

i opt for all, or nothing.

bunyi seperti menolak takdir,mahu bentuk takdir sendiri.bongkak sungguh.
bukan.aku belum sedia untuk embrace reality.aku selesa berada dalam zon separa sedar.terus berlari,kutip,dan cantum serpihan mimpi yang terpecah.sehalus mana serpihan itu,aku akan cari.selama mana,aku akan tunggu.sampai satu masa bila aku terpaksa mengalah pada takdir Tuhan,aku akan puas.kerana aku sudah cuba yang terbaik untuk masukkan tangan dalam acuan hidup aku.tapi aku tahu bentuk itu tetap milik Tuhan.

"kun fayakun," maka jadilah ia sesempurna yang dilakar.Allah knows the best.

"so glory to Him in Whose hand is the dominion of all things;and to Him will you be all brought back" [36:83].



ya Allah,dengarkan aku.aku pohon dengan sangat.

11.9.09

.take me away.


-take me away (life house)-

this time all i want is you
there is no one else
who can take your place

this time you burned me with the way
you see past all the lies
you take it all away

i've seen it all and it's never enough
it keeps leaving me needing you

take me away
take me away
i've got nothing left to say
just take me away

i try to make my way to you
but still i feel so lost
i don't know what to say, what else to do

i've seen it all and it's never enough
it keeps leaving me needing you

take me away
take me away
i've got nothing left to say
just take me away

don't give up on me yet
don't forget who i am
i know i'm not there yet
but don't let me stay here alone

this time all i want is you
there is no one else
who can take your place

i've seen it all and it's never enough
it keeps leaving me needing you

take me away
take me away
i've got nothing left to say
just take me away

take me away
take me away
i've got nothing left to say
just take me away

bp 152

aku pon xtau mcmane blood pressure aku bole naik smpai mcm ni skali...aku agak risau dgn mslh yg melanda diri aku ni..aku rs xselesa lgsg..

medical assistant tu bg advice kat aku.."turunkan berat skit eh..nmpak xsihat sgt mcm ni..."

maka dgn itu, aku berazam akan menurunkan berat badan ke tahap yg ideal iaitu 75 kg...

tp lepas raya la..hehe..

berusaha!!!hwaiting!!!

5.9.09

.forgiveness.

kawan aku cakap;

"forgiveness is when you forgive someone who does not deserve it"

3.9.09

journal dan buku

rabak gak aku nak menyiapkan chapter 1 yg simple ni..dkat 3 jam baru nk masok statement of the problem..mmg problem btol la..quote dari buku, dari journal..bosan gile nk baca..

kalau la semua ni bole goreng je kan bes..xyah aku nk susah payah camni..

1.9.09

.mahu pulang beraya.

last eid. aku tak ada. sedih.

budak2 kesayangan.

comel malas yang aku rindu.


aku bual sama mama tadi. aku khabarkan yang aku rindu sangat rumah. rindu mahu berbuka, beraya. haih.
mama kata sabarlah. tahun depan panjang umur kita kumpul masa puasa, raya sama2.

tiba2 dengar suara comel.
mama: ni haa. comel ni berkurap. merayap je. geram mama.
aku: hah? banyak ke?
mama: botak2lah. macam senapi tu. haziq ubat dia. taknak mama raya2 kena kurap.
aku: mama tak mandikan eh? memanglah kurap.
mama: tanya haziq. mama selalu mandikan. tapi ni dah kurap mama tak mandikanlah.
aku: yeke? berapa kali mama mandikan?
mama: selalu...
aku: habis tu macam mana?
mama: dah hantar pergi klinik. nanti baiklah.
aku: ma... comel gemuk ke kurus?
mama: gemuk. sekilo ikan 2 hari. mana tak gemuk. ni haa... meleset2 je. kurap pun kuraplah.
aku: *diam* (dalam hati sebak. rindu semua. rasa mahu terbang. tengok comel. mahu peluk dia. mahu cakap2. bual2).

aku jadi melankolik. bila aku khabarkan lagi yang aku rindu semua, mama tukar topik. mama tak mahu aku jadi tak stabil mungkin. tapi aku memang sedia tak stabil. haih. lately, rasa rindu membuak2. pada semua kesayangan aku.

ma, nak makan makanan mama.
ayah, nak taufufa....
budak2, kaklong rindu nak gelak kuat2 lepas buka. borak2. try2 baju raya.
kaklong rindu semua. kaklong rasa tak best. rasa macam tak lengkap. semua tak kena. parcel mama pun tak sampai lagi. cepatlah sampai. nak hidu bau rumah. rasa lemas.

campur campur

bulan puasa ni mmg agak mencabar..da bpe kelas aku miss..sume sbb xbgn pagi..tido pas subuh akan menyebabkan aku bgn time zuhur..

kerajaan malaysia naikkan harga minyak lagi..mmg bes..org nk raya lg bpe minggu..nk balik kampong..kene yg dudok kelantan nk raya jb xrabak minyak nye..time raya harga brg msti naik gak..peh..mmg considerate abis la kerajaan ni..

next, chelsea tgh on form skrg..hehe..agk mantap la team skrg..aku pon angkat jersi ballack sehelai..xksh la org xske dia..yg pntg dia player chelsea..aku support je..

selamat berpuasa kwn2..

25.8.09

.sesak.

teaching experience.
macam2 ada!just name it.
haih.penat.sebab semua taknak dengar cakap.
horror.
tapi sungguh.salute sama cikgu2 di sini.
tak ada rotan.tak ada tengking2.
tapinya,itulah.class susah mahu control.

bak kata fathen,
"kurus pahala puasa aku.dengan tengok PDA,sakit hati,rasa nak mencarut,semua ada."

tapikan,cikgu PE kacak sungguh.top to toe kacak.haha.tapi sudah mahu kahwin october nanti.haih.

ahad semua sudah ready.means baju untuk seminggu.siap gosok semua.hari pertama-blouse bunga2,kasut hitam (beli baru ok).sampai2,whoaa!nganga.sebab cikgu gila casual.siap pakai boot tali2,track bottom,short,tshirt.rasa bersungguh gila.adei.
lepas tu aku sarung tshirt sudah...esok mahu pakai jumper saja.cukup.

student-macam2 gaya.david arumugam,my chemical romance,pink,berjambang,rambut tak nampak mata,topi jocker yang ada loceng tu,topi magician.macam2lah.puas hati aku tengok manusia - universal.siap boys boleh rambut panjang sampai pinggang.aku rasa cool gila.
suka hati bawa barang tanpa risau cikgu rampas.seronok.hehe.
tapi,to be honest.kesian cikgu sebab diorang tak dengar cakap langsung.entah apa2.

rindu rumah.mahu buka di rumah.mahu sahur di rumah.mahu pergi bazar ramadhan,tunjuk itu ini.mahu makan taufufa,nasi ambang.mahu rumah.mahu balik...

ma...nak baju raya.banyak2.

20.8.09

.fantasia Bulan Madu.

layan lagu ini.terima kasih m nasir, search, siti nurhaliza.menyambil dengan assignment perbandingan korban dalam Islam dan Hindu.simbol,fungsi,ape entah lagi.cepatlah siap assignment.tak larat dah.tak tipu.
lagu dulu2 best ek.



18.8.09

.kraftangan.

saja gatal upload hasil 'kemusnahan' yang kami buat. kepada kanak2 yang mengalami identity crisis (diana, 2009), kami pohon jutaan maaf. rasa bersalah juga sebenarnya. bak kata fathen (2009),"macam manalah diorang nak menghadap masyarakat. aku tak tahu whether diorang tahan malu ataupun terus masuk washroom lepas tu padam semua".hehe.adik2 tersayang.sungguh, tak sengaja. ada maaf kan? sebab kakak2 buat non-stop dari pukul 10 sampai 3.30. cewahh!padahal dari start buat,memang dah foresee 'bencana alam'. tapi kami buat betul2 tau.tak main2.kira ok lah ye.bolehla...*wink*


patutnya witch, jadi suria baja hitam.


ni tigger! yeay!


micheal jackson wanna be.


witch ke?erk!v for vandetta! yeah!


dalam buku kata mermaid.


tiger tapi jadi tribe leader. haha. tahniah!


konon2 warewolf.


rose fairy ke?haiyyaa!


yang bawah ni tigger yang innocent. macam vegan tigger. hehe.

.4 lagi ahli kumpulan yang lain.tengok. dah cakapkan? kami dedicated.



selamat berpuasa.aku minta maaf kepada semua.banyak buat salah.sengaja atau pun tidak. semoga puasa kita semua diterima Dia. Amin...