1.9.09
.mahu pulang beraya.
aku bual sama mama tadi. aku khabarkan yang aku rindu sangat rumah. rindu mahu berbuka, beraya. haih.
mama kata sabarlah. tahun depan panjang umur kita kumpul masa puasa, raya sama2.
tiba2 dengar suara comel.
mama: ni haa. comel ni berkurap. merayap je. geram mama.
aku: hah? banyak ke?
mama: botak2lah. macam senapi tu. haziq ubat dia. taknak mama raya2 kena kurap.
aku: mama tak mandikan eh? memanglah kurap.
mama: tanya haziq. mama selalu mandikan. tapi ni dah kurap mama tak mandikanlah.
aku: yeke? berapa kali mama mandikan?
mama: selalu...
aku: habis tu macam mana?
mama: dah hantar pergi klinik. nanti baiklah.
aku: ma... comel gemuk ke kurus?
mama: gemuk. sekilo ikan 2 hari. mana tak gemuk. ni haa... meleset2 je. kurap pun kuraplah.
aku: *diam* (dalam hati sebak. rindu semua. rasa mahu terbang. tengok comel. mahu peluk dia. mahu cakap2. bual2).
aku jadi melankolik. bila aku khabarkan lagi yang aku rindu semua, mama tukar topik. mama tak mahu aku jadi tak stabil mungkin. tapi aku memang sedia tak stabil. haih. lately, rasa rindu membuak2. pada semua kesayangan aku.
ma, nak makan makanan mama.
ayah, nak taufufa....
budak2, kaklong rindu nak gelak kuat2 lepas buka. borak2. try2 baju raya.
kaklong rindu semua. kaklong rasa tak best. rasa macam tak lengkap. semua tak kena. parcel mama pun tak sampai lagi. cepatlah sampai. nak hidu bau rumah. rasa lemas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ala sabar lah ek..x lama dah pun nak balik..x sampai 3 bulan pun lg..tahan ek..x per rindu nak raya mcm msia ek? no worries, meh jer rumah ni..hehe meh kita wat kuih raya byk2..leh la rolong wat semprit lg byk2..SEDAP giler yg buat last year..hehe
weyt.. sdeyla.. wndu kt kaklong gk.. xpe, nt rye aji sme2 ek!! isk2.. (T_T)
Post a Comment