31.5.09

.rindu itu kangen.

lately entri emosi. melayan rasa.
maaf ya.
aku sekarang sedang amat rindu pada satu cinta.
comel.
namanya kelakar. outdated gila. comel tapi jantan. apakah?
sebabnya? dulu masa kecilnya kami keliru jantinanya.
hahaha.
dia itu baik (masa kecil) tapi sekarang nakal.
dulu hari2 mandi.
lepas buang air, dicebok.
lepas minum susu dilap mulutnya.
sekarang selalu hilang. kejar betina.
selalu tak mandi. busuk.
balik untuk makan.
makan cuma mahu ikan rebus. demand.
lembik. sebab mesti kalah kalau gaduh sama kucing lain.
ubatlah kami luka2nya.
susahkan aku sama adik2.
maghrib2 cari dia kalau hujan.
duit habis ratus2 rawat dia sebab bergaduh.
tapi aku selalu rindu sama dia.
dan aku tak mampu untuk hilang dia.



-baik dan adorable-






-dah nakal dan mengada-




aku juga rindu yang teramat sama mama, ayah, aqilah, haziq, dan budak gemuk itu.
oh, juga sama cello si parsi. sorry cello. walaupun kamu itu cantik, kaklong itu hatinya sudah banyak sama comel. sebab? comel datangnya lebih awal dalam hati kaklong. semua sayang kamu lebih. kamu cantik. sebab kamu lagi baik. habis tu comel? tak apa. comel ada kaklong. selalu. ingat tu comel!
haih. heart says home. nak balik... nak pintu doraemon...

30.5.09

"mende ni?"


"aku nak mengarut! beri laluan! bagi aku satu pentas." kata nadiah sambil memegang microphone untuk menarik perhatian.

paradox.
gila.
want to go home.
came on lah.
will?
adalah sikit2.
but.
there is no way.
got.
don't see any.
lari.
where to go?
dreamland.
ridiculous.
yes i am.

taknak buat assignment! tapi ... give me an A. or at least a B. boleh? hey! ludicrous wish.


i am not a paragon in typical Malay novels who has patience, perseverance, determination, blablabla ...




.am in a state of melancholia, period.






28.5.09

.mari mengumpat.

mari buat exercise pernafasan. sila baca perenggan di bawah dengan satu nafas sahaja. untuk merasa kelelahan aku. =)
workload yang macam apa dan readings yang sangat banyak untuk kerja kursus dan ujian tetapi cuaca yang sangat sejuk di samping kekeliruan kerana tidak tahu mahu memulakan kertas yang mana dahulu kerana submission date mereka beratur lebih-lebih lagi dengan keadaan yang sangat tidak kondusif (cognitively, emotionally, financially) menjurus kepada keadaan diri yang negatif dan tidak terurus.
haih.
kenapa susah mahu ada semangat belajar yang tinggi?

okay. next. aku mahu cerita tentang manusia. mari mengumpat. mahu kongsi dosa? silakan. hehe.

chris,
dia itu sangat enthusiastic orangnya. committed dengan kerja. kalau jumpa dia tepi jalan agaknya orang tidak akan sangka sama sekali dia seorang pensyarah yang sangat teramat cinta sama kerjanya. dengan hoodie, jeans lusuh, bertindik di telinga dan di hidung (macam mana mahu bayangkan ya? erm.. di batang hidung yang di antara mata tu. ada 3. cool kan). dia sudah tidak boleh minum arak kerana badan dia sudah develop resistance terhadap benda itu. juga dia adalah perokok tegar. traditionally, orang akan cermin seorang seperti dia sebagai individu yang tidak berjaya. especially kalau di negara aku.

fiona dahulu juga seperti chris. dia lagi hebat. dengan ketagihan dadahnya. dia cerita dia pernah homeless (maaf kalau aku silap). however, despite all that, dia kini ada title doctor. dia ke kuliah dengan t-shirt dan jeans juga. ada satu hari dia ke kuliah dengan t-shirt nirvana (kesayangan katanya) dan jeans koyak2. dia bawa gitar. dia kata inilah saya. aku senyum.

aku juga ada satu coursemate yang sangat bergaya. hehe. dengan rambut panjang hampir separas pinggang (dihitamkan). dia ini lelaki. anting2 di kening, hidung, mana lagi aku tidak ingat. celak warna merah di mata. goth kot... tapi bila dia buka mulut bagi pendapat, orang kagum. sangat macam orang yang suka baca buku.

ramai lagi orang di sini yang orang tua akan urut dada bila nampak (kalau di negara aku) tapi superb. ting ting!

tunggang langgang. aku tulis ikut jari bukan ikut otak. tapi aku mahu sampaikan point - dont judge a book by its cover. tapi sudah jadi macam perkara biasa untuk mengadili individu dengan memandang luaran sahaja. negatif terus dipandang negatif. tutup peluang mereka sebab ramai lagi orang baik yang dengar kata, ikut norma. bosan. macam mana mereka mahu jadi baik kalau semua orang tutup mata, tidak mahu peduli sama kualiti mereka. haih.

aku dulu punya kawan yang sangat cool. dia suka pukul orang (yang cari fasal okay. bukan tiba2 mahu genggam penumbuk dan keluarkan darah daripada rekahan bibir mangsa). dia merokok. dia suka mencarut. dia pernah melawan seorang cikgu. jujur. agak melampau cara dia. aku pun rasa tidak patut. (aku beritahu yang aku tidak setuju. dia katakan. "yang jahat tu kan ... . janganlah kaitkan ayah .... . dia tak salah pun). oh lupa. sebab kekecohan : dia selalu tak mahu duduk depan bila cikgu itu suruh. akibatnya. sampai akhir tahun, dia kewujudannya tidak pernah dihiraukan. kalau ada handouts, dia mesti tidak akan dapat. kalau aku yang pergi photocopy, dia akan panggil aku, "nad, ... sekali eh,". aku kesian sama dia. cikgu2 kata dia tidak ada harapan. cikgu2 pandang dia kurang ajar. tapi cikgu2 tak kenal dia dengan sebenarnya. dia juga punya sisi halus yang sangat cantik. dia itu sangat baik. sungguh. kawan yang sangat baik (pukul orang sebab orang cari fasal dengan kawan dia, selalu ada untuk aku). anak yang baik. kerja untuk cari duit lebih. sayang adik-adik (sebelum pergi sekolah jada adik2 sebab emak kerja). dia athletic. pernah dapat tawaran ke sukma kalau aku tidak salah. tapi sebab dia cari fasal dengan seorang cikgu dan cikgu itu made mess kepada administration, dia tidak dapat peluang itu. dia luahkan dia sangat sedih. itu sahaja yang dia ada untuk jadi orang berjaya, dia kata. aku tidak boleh berbuat apa2. cuma pinjamkan telinga. powerless. terakhir dia hubungi aku, dia jadi tukang masak di satu kedai makan. dan bila aku ke sini, aku lost contact sama dia. aku berharap dia akan terus sejahtera. sebab dia sangat baik walaupun orang pandang dia si rambut ungu, kuning atau oren (dia suka tukar warna rambut dan warna2 itu merepek) yang entah apa2. gila betul dia itu. dahla panggil aku si gemuk (tak puas hati sampai sekarang. hehe.).


* sepertinya aku punya isu dengan cikgu2. haih. taklah... bukan semua. aku sayang ramai cikgu2 aku. semoga aku jadi cikgu yang baik. sekali aku nanti jadi cikgu yang bosan, macam nenek kebayan, tak memahami. hari2 dikirim doa tak elok daripada pelajar. bagaimana itu? aku sangat takut... minta dijauhkan.*

25.5.09

aku ada impian

kalau aku ni owner/manager chelsea, ni la team aku utk season depan...

gk cech
joe hart (man city)

cd terry
gary cahill (bolton)/ taylor (newcastle)
mamadou sakho (psg)
ivanovic

rb bosingwa
davide santon (inter)
mancienne

lb ashley cole
yuri zhirkov (cska moscow)

dm essien
mikel

cm lampard
moutinho (sporting)
van der vaart (madrid)

winger ribery (bayern)
ashley young (aston villa)
joe cole

striker villa (valencia)
aguero (atl. madrid)
anelka

tp realitinya, semua ni xkan berlaku..tp yg aku harap dpt jadi kenyataan zhirkov, ashley young, villa ngan aguero...ni yg chelsea perlukan skrg..ribery ramai sgt yg nak, mmg ssh la kan..klo dapat santon pon agak caghe la..tgk dia marking ronaldo ari 2 nmpk ada potensi la..

chelsea!aja!fighting!lets go!



19.5.09

.tapi kenapa?.







tapi kenapa? kembang kempis? aku automatically associate kembang kempis dengan keadaan hidung aku. bila berlari (jalan laju sebenarnya. tak larat mahu kayuh kaki dengan ekstrim) naik bukit mahu pergi kelas pagi2 hari aku terlambat. haih.

kalau ganti berombak sesuai tak? apakah direct sangat? is it lame?
tapi aku memang bermasalah menerima perkataan itu dalam lagu ini.
pertama kali aku dengar, aku ketawa yang bersungguh. - tak boleh blah langsung.
kali ketiga baru telinga belajar terima (itu pun dengan tidak ikhlas).
tapi mahu juga dengar.
sebab lagu ini hampir sempurna (bagi aku).

beautiful+meaningful=awesome


melly, aku sangat gemar kamu!
bait kamu selalu indah.
berbunga tapi tak geli.
melodi kamu pun damai.

aku juga suka lihat suami kamu.
lelaki kurus itu sexy. hehe.

18.5.09

.untuk irsyad.

irsyad,
aku faham. sebab orang yang aku sayang pun pernah jadi macam tu. aku beri namanya cinta. boleh? takutkan? tapi haruslah buat2 steady. aku takut sampai rasa tak mahu tidur dengan cinta. sebab aku rasa cinta akan bangun dan cekik aku malam2. hahaha. sebabnya, aku yang mengasak cinta jumpa ustaz. aku katakan. jumpa dulu. puaskan hati aku. meet him, 4 my sake. dan sebab perjumpaan itu, tembelang pecah. cinta sakit yang aneh. bukan sakit yang berkaitan dunia perubatan moden. sebelum ini cinta fikir cinta lenguh2 badan. aku lihat macam2 ubat cinta ambil. daripada ubat klinik, hospital, putra, farmasi, seng seh. kebal sungguh sakit cinta itu. sampaikan cinta tak boleh angkat bahu. jalan seret kaki. bernafas sekat2.
masa jumpa ustaz, depan mata aku cinta jerit. cinta menangis. aku jadi pegun. kekasih cinta juga sebak. cinta kuat. sangat kuat. sampaikan aku terpelanting sebab uztaz suruh aku pegang kaki cinta. kesudahannya - ustaz itu tidak kuat. dia suruh kami jemput seorang lagi ustaz dan mereka akan usahakan berdua. dan untuk kali ini, aku bulat hati. aku tidak mahu ada di tempat kejadian. sebab aku tahu, pasti ngeri akan bertambah. dan... aku betul. aku dengar cinta mengilai, ketawa, ludah kekasih dia, bercakap2. aku sangat relief sebab aku tak ada. haha.
tapi itu bukan pengakhiran. susah sangat benda jahanam itu mahu tinggalkan cinta. mungkin kerana kasih. mungkin kerana mengikut arahan. aku pun tidak tahu. benda jahanam itu tidak mahu bocorkan rahsia walaupun seinci. benda jahanam itu tegar.
baru2 ini aku dengar, alhamdulillah...benda jahanam itu mungkin tiada lagi di samping cinta. cumanya, cinta perlu hati2. kerana jiwa cinta pernah lompang dimasuki dia. dan kebarangkalian dia kembali berdamping sama cinta tinggi.
dan cinta aku, sedang kumpul kekuatan tika ini. sedang melawan. dan masih berikhtiar.
alhamdulillah... Tuhan sepertinya mudahkan jalan kami. semoga jalan kami terus mudah ya, ya Allah. semoga pasak yang dibina cinta semakin kukuh.

irsyad,
aku tidak tahu banyak. tapi aku ingin kongsikan. ustaz itu suruh cinta amalkan. untuk bina benteng buat diri.
- amalkan al-ma'thurat.
- baca "bismillahillazilayadhurruma'asmihisyaiunfilardhi. walafissamaiwahuassami'ul'alim". kamu cari. jangan lupa. ada dalam al- ma'thurat. baca. jangan pernah penat.
- kalau boleh, kamu carilah ayat manzil. kedai buku. kalau tak nampak. tanyakan. selalunya ada. amalkan.
- dan jangan lepas daripada wudhu'.
- pasangkan surah al-baqarah di rumah.
setakat itu yang aku ingat. kalau mahu lagi, aku akan tanyakan sama cinta.

irsyad,
jangan pernah dendam. ya, aku faham. sangat faham. kita manusia biasa. tendency untuk berdendam, marah, kecewa sangat ada. tapi ustaz itu pesan pada cinta aku. "segalanya berlaku atas keizinan Allah. kalau Allah tak izinkan, semua tak akan terjadi. segalanya tak akan sampai. yakin akan hikmah di sebalik setiap kejadian. awak ni orang terpilih sebab berdepan dengan ujian ini. mungkin dengan cara ini awak akan lagi dekat dengan Allah."
fikir yang baik2 sahaja ya. setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. itukan janji Allah.
pohon pada Dia. pohon agar keluarga kamu diberikan kekuatan.
dan biarkan Allah yang membalas mereka yang berhati syaitan itu. kita bukan pengadil. sungguh. kita langsung tidak berhak. kerana sesungguhnya Dia yang sangat berhak. Dia yang tahu apa yang tersembunyi dalam setiap saat. tapi sekurang-kurangnya, senyumlah. kamu tahu ada yang akan menunggu mereka berhati syaitan itu. kerana orang yang menghantar benda jahanam itu telah menyimpang. terlalu amat jauhnya dengan meminta pertolongan kepada selain Allah. kamu fahamkan kawan? aku tahu kamu dapat baca maksud aku.
doa aku sentiasa ada sama kamu irsyad. semoga kamu dan keluarga kamu berada di bawah rahmat dan perlindunganNya.





"O you who believe! When you meet a force, be firm, and call Allah in remembrance much (and often); that you may prosper" [8:45]

"So preserve in patience; for the promise of Allah is true: and whether We show you (in this life) some part of what We promise them - or We take your soul (to Our mercy) (before that) - (in any case) it is to Us they shall (all)return" [40:77]


oh, irsyad. in case mahu nombor ustaz itu, beritahu aku. nanti aku tanyakan sama cinta.

17.5.09

.genius dan 'genius' to be.

*sebahagian buku2 tulisan genius yang aku pun macam nak jadi 'genius' bila baca*



sibuk hidup aku akhir2 ni.
dengan istilah anarchism, liberal education, dialogue, conscientization, praxis, bourgeois (sebutnya bozhuwa - dan aku baru tahu. gila betul. aku sebut bergois depan lecturer aku. hahaha. malu. tapi okayla. salah betulkan, daripada dia diamkan dan aku pun sebut bergois sampai aku mati.), etc.
sungguh.
macam nak koma.
berapa malam hilang masa tido sebab kerja itu.
dan sekarang aku masih dalam proses qada' waktu yang hilang.
still, aku rasa tak cukup lagi. mahu deep sleep. mahu ambil sedative, anti depressant, segala macam.
mahu tidur 3 hari tanpa bangun.haih,
sungguh, aku tak sangka pada umur 21 tahun ini aku akan belajar tentang fahaman politik. menarik. aku cinta kertas educ 229 ini. tapi aku tak sanggup mahu siapkan kerja2nya. perah otak, fikir perkaitan, makna simbol. oh... aku rasa seperti orang bijak. haha.
aku mahu bercakap sama paulo freire, paul goodman, antonio gramsci, karl marx, che guavara... aku rasa mereka inspiring walaupun kadang kala kawan aku merungut. belajar tentang orang pelik. sakit kepala. tapi tak tipu. sakit kepala mahu faham genius2 ini. itu baru surface of their ideology, theory, belum masuk yang entah apa2 lagi. syukur... =)
tapi genius2 inilah yang membuatkan kita berfikir sebagai manusia.
berfikir tentang realiti kehidupan. realiti dalam erti kata realiti yang sebenar. penindasan secara senyap. kawalan minda. pengeluaran yang berterusan (reproduction) kelas2 manusia. budaya cendikiawan yang sebenarnya ilusi. bahasa yang kononnya perlu dikuasai untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi (referring indirectly to ppsmi. hehe).
dan kita... menurut.

sedih ke seram

setelah berubat, dapat la tau yg nenek aku sakit sebab ada bnde masok dlm badan dia...so ari 2, org yg tolong ubatkan ni pon wat la mcm biase je...tetibe dia tendang, tumbok, tampar org yg ubatkan dia..sesuatu yg pelik sebab nenek aku baru kene strok..bile dia cakap, mcm merapu2..pas 2 org yg ubatkan 2 ckp, 2 bkn nenek aku yg ckp..bnde 2 yg ckp..dia mrh sbb nk kene halau..dia suke nenek aku..ckp nenek aku hati bersih..

skrg ni aku sepatotnye kene jage nenek aku, tapi sbb bnde ni da pandai bercakap, jadi seram lak..semalam, dia mcm tau je ape dlm hati aku...bnde yg dalam hati dgn fikiran org semua dia tau..pas 2 ckp lepas je...dia ckp "ni knp muka kecewa je...xnk belajar lg..."...aku da terdiam je..aku mmg kecewa dgn ape yg jadik kat family aku skrg n mmg pnah terpikir nk quit belajar..so jadik seram lak dgn nenek aku..nnt time aku pk bnde yg bkn2 kang dia ckp kuat2 kat org lain, segan la aku...

pagi td, nenek aku lemah je..time ni tau la yg ni mmg nenek aku..time bnde 2, nenek aku jadi kuat skit...harap2 la semua masalah ni abis cpt..aku da agak tension nk kene pk pasal bnde ni hari2...

9.5.09

sedih 2

lpas kejadian pagi td, aku pon bersiap. aku nk ikot time kebumikan nnt..aku nk bg moral support kat uncle bob..tp naik je kete, uncle bob dudok sblh aku..dukung arwah anak dia..aku xsanggop nk tgk..sebak gile tgk ayah dukung mayat anak sndri..kecik je..aku tahan je la..xnk nangis dpn dia.dia pon da ckop sedih..

sampai kat tanah perkuburan kebun teh, kubur da siap gali.time tukang gali kubur tu bukak kain kapan, mata aku da berair.muka yg smlm aku tgk menangis skrg da kuning pucat...time dia letak je kat dalam kubur, aku tgk uncle bob da kesat2 airmata..bile start kambus tanah, aku da xle handle..mmg sebak gile..ni 1st time kematian utk family belah mak aku..siape sangka yg 1st ni yg paling muda dalam family..

td aku borak2 ngan nenek aku..dia asyik ckp pasal mati je..sume org da stat nangis..dia mimpi ada org dtg nk amik dia mlm ni nk bawak jalan2..nk datang dlm pukol 7 ke 8..semua org da seram..semua da standby malam ni kol 7 sampai 8 xnk tgglkan nenek aku sorg2..

aku harap, org yg wat family aku mcm ni dpt balasan yg berganda kat dunia ni apa lagi kat akhirat..ape salah family aku kat kau?kau yg tamak..amik hak org..org yg nk pertahankan hak kau nk wat sampai mcm ni apahal la lahanat..

semua ckp kat aku "jgn wat bnde bodo..awak muda..darah panas..panas baran..pikir mama awak 2..klo wat bnde bodo, nnt mama lak yg kene"..

ye..aku xkn wat bnde bodo..kite doa sama2 ye makcik dan pakcik..doa semua ahli keluarga kita jadi macam dulu balik...

8.5.09

.aku ingat.

*entri yang guna bahasa rojak. conveying that i am still in searching of identity. cewah!*

umur aku dah 21. tapi still, tak lepas lagi identity vs role cofusion stage. nak jadi ape aa? aku ada problem of identity diffusion ke aa? adei...
tapikan,
daripada aku kecik sampai besar ni, aku macam dah transform banyak kali gak kot... but still, aku tak tahu aku ni akan end up macam mana.
sekolah rendah: banyak cakap cam ayam
sekolah menengah:
lower - macam orang hilang arah (especially form 2) tapi dah tak talkative lagi kot
upper - tak banyak cakap dengan cikgu. cakap dengan orang yang rasa boleh get along je.
sekarang: buat hal sendiri. sedih sendiri2. gelak ramai2.


akukan,
serious cakap.
aku tak suka gila zaman sekolah rendah aku. more precisely, sekolah rendah tahap dua. darjah 5 dan 6.

sebab tahap satu aku ada cikgu yang sangat baik. kan irsyad kan? yang selalu rotan kita dengan bulu ayam yang batang plastic kalau tak siap homework, tak hafal sifir, tak dapat sampai markah yang dia nak dalam latihan pts... hehehe... how sweet... i miss that moment.

tapi, kalau boleh delete memory aku, aku memang nak sangat delete chapter zaman sekolah rendah tahap dua, darjah 5 dan 6.
aku dulu budak banyak mulut. semua aku nak tanya. semua aku nak persoalkan. irsyad tahu aku macam mana. consequently, ramai gila orang tak suka aku. ada yang buat2 suka depan aku, tapi belakang backstab. mengumpat segala macam. ada sekali tu, classmate aku. mengata aku depan mata aku sendiri. guna bahasa 'fa fa' tu. macam "nafadifiyafah tufu kafan blaflablafla..." aku belagak cool gila. konon2 tak faham. balik rumah aku nanges bawah ketiak mama.

cikgu2 pun ada tak suka aku. ada satu ustazah ni memang nak pangkah aku je. siap bandingkan aku dengan angah. yes, i know... she is much better than me. so what? satu incident: aku main lawan tangan. dia sembur aku. mende entah aku tak ingat. tapi lebih kurang macam, "awak ingat lawan tangan tu bagus sangat? main macam budak lelaki. orang tengok macam apa dah". dia cakap depan kelas. aku diamkan. tapi aku malu woo! umur 10 tahun dah tahu malu kot. pastu aku dengar cite dia cakap dengan budak asrama anak yatim jangan jadi macam nadiah. whoaa! ok, fine... pastu panggil aku mulut murai depan kelas. aku jadi bahan. budak lelaki especially m daud kilau (irsyad should know who he is. hey, we named him together okay!) kalau lalu sebelah van sekolah aku jerit kuat2 "nadiah mulut murai!". jerit yang berlagu tu... aku macam nak nangis. tapi aku buat muka seposen je.
pastu ada cikgu muzik ni. dia selalu mintak tolong aku. 1 day, mase practice mende tah, dia tanya aku. "nadiah, suke tak cikgu muzik baru?" aku yang mulut celupar tak hengat ni jawab honest gila, "tak bestla... selalu belajar lagu sama." lepas tu aku tengok dia senyum2 sambil pandang belakang aku. aku toleh. rupanya cikgu muzik baru aku (cikgu sains sebenarnya) tengah berdiri belakang aku. mintak maasf cikgu s... saya tahu cikgu kecil hati... tapi saya tak mean pun nak buat cikgu sedih... aku memang marah gila kat cikgu muzik tu. naik sekolah menengah, dia pindah dekat dengan umah aku. depan umah tapi senget sikit. aku memang tak boleh betul tengok muka dia. kalau aku keluar rumah nampak muka dia, aku buat tak nampak je. sampai mama tegur, "nadiah, tegurla cikgu kamu tu..." aku buat bodoh je. sory la cikgu. tapi saya tak berminat nak buat muka manis lepas tu tanya, "oh.cikgu macam mana sekarang?".

friends. ada yang rapat. tipulah tak ada. nurul nadia, ejan (rapat, tapi selalu gila buli aku) pastu tak ingat dah.

ada jugak cikgu2 baik. cikgu sains (cikgu ni kesian. bila sains dapat B, orang salahkan dia tak pandai mengajar. macam haram), cikgu matematik (dia panggil aku nadiah - stress kat h tu. aku suka), cikgu english (motherly. rindu teacher...).

-penat pulak. nanti aku sambung tulis la...-

p/s: entri macam gampang. sebab aku tengah buat assignment macam mana sekolah, education system, teachers boleh influence an individual's well being, how he/she perceives the world around him/her, how he/she reacts semua. suddenly, teringat balik cerita2 busuk zaman sekolah.

sedih

semalam, tetibe je aku tergerak nak balik umah..borang D1 aku xsiap lg..tp xpe la..cuti lame lg..bile2 bole wat..tanpa pikir panjang, aku kemas baju aku teros balik..bgtau kat abe je aku nk balik jb..

sampai kat umah, aku target 1st nk tgk nenek aku...mak aku ckp nenek aku ok je..tp bile balik umah, aku tgk nenek aku sebak rs..tgn sblh kiri xle grak..kaki xkuat..klo jln pon xstabil..da bpe kali da trjatoh..aku paham knp mak aku xnk bgtau aku keadaan sebenar nenek aku..xnk aku risau sbb nk final last week..

lpas tgk nenek aku, aku tgk spupu aku..br sbulan umur die..comel je..muhammad aliff iskandar..tp mlm smlm die nangis je..sampai lembik dia nangis..xde suara..smlm la 1st time aku tgk dia..

pkol 4 pagi, tetibe mak aku kejot..nangis2..die ckp"bgn,anak auntie surina meninggal"...ya allah..aku terkejot..sedih..blur..xtau nk pk atau ckp ape..tros mandi g umah nenek aku kat sblh..tgk makcik,nenek, atok, aku tros rs nk nangis..siape sangka br sbulan da pegi tgglkan dunia..

nasib baik aku balik smlm..klo x, xdpt tgk lgsg muka die...

harap auntie surina dgn uncle bob tabah...alfatihah..

7.5.09

.kecelaruan.

aku jawab, "no, i am not... it is just ur feeling. serious. cam bese jela... by the way, how are you doing?"

engkau balas. kemas, pendek dan sentap. aku diamkan.

dulu pun aku diamkan. tiba2 engkau tanyakan lagi. aku jawab elok (aku rasa). engkau balas masih juga sentap.


- pergh! baik betul engkau...
- habis tu... macam mana? lukakan atau terluka. samakan? dua2 tetap luka.
- bongokla engkau. hipokrasi jadi makanan.

6.5.09

.potong hati.

macam mana mahu...

asingkan hati daripada orang lain?
tak ambil pusing apa yang orang lain fikir?
tak serabutkan kepala fikir telah melukakan?
tak kisah tentang perasaan orang lain?

penat fikir tentang orang. tentang mencari tempat. tentang keserasian. tentang merebut kasih. penat. sugguh. tak tipu.


realiti: mana boleh elak. sebab kita hidup dengan manusia. hari2 jumpa manusia.

hati biru

chelsea lawan barcelona...byk org ckp chelsea main defend je.xnk attack.mmg nk seri lwn barcelona.smlm, aku tgk bola kat mamak. pakai jersi chelsea. aku xksh chelsea kalah ke mng aku tetap support. 

minit 9 chelsea da leading 1-0..time 2 mmg nervous gile...drogba byk peluang tp x score..ref pulak mmg mcm xtau ape yg dia wat..mabok ke ape ntah rep 2..yg patot penalti x bg, yg x kene kad kene kad..byk lg la bnde bodo ref ni wat..

bile barca score minit 90+3...aku hanya mampu tersnyum...dengan jeritan yg mcm nk gile kat mamak 2, perot aku da rs mcm kecut gile..rs kcik sgt kat situ...tp pada aku, aku rs bangga gile support chelsea..mlm 2, xde ape yg special kat barcelona.possession mmg byk kat barca tp time gol iniesta tu, tu la 1 on target barcelona.aku xnmpk eto'o, xavi, messi...sume snyap je..

ade org ckp "peh..segan siot yg pakai jersi chelsea"..pada aku "no..i'm proud supporting chelsea and i'm proud wearing the colour"..sikit rase segan pon xde time aku balik dari mamak semalam. lalu dpn fan barca pon rilek je.aku tau org yg support barca pon dpt rase ape yg aku rs.chelsea main mmg bgos n barca just got lucky.apart from the stupid ref.

xpe la...its just not meant to be..still ade FA cup final lawan everton..hope players dpt recover in time utk game 2...

utk final, aku harap barca mng...sbb next year messi bole dpt player of the year..sbb die mmg best player in the world skrg ...better than ronaldo..

5.5.09

.guruh dan kilat.

aku sangat suka tanya soalan yang orang malas nak jawab. sebab tu encik kopiyowais menyampah sangat dengan aku dulu kot. serius. daripada aku kecil sampai besar ni. mama ayah okaylah. layankan je. kawan2 ada yang malas, ada yang layankan je. cikgu aku (sekolah tak ingat, di temerloh, pahang) pernah sound aku. kata aku ni banyak tanya. busy body. haih. sedihkan aku ini.

minggu lepas. dalam bas. aku tengok tingkap. hujan. aku tanya cik kawan (dalam perjalanan pergi kerja),
"d, kenape ek? kat sini hujan tak pernah ade guruh dengan kilat. cam best je. tapi kat malaysia selalu je kan d kan?"
d angguk, "haahla nad."
"tapikan d, orang kata yang nad penah dengar aa... kilat tu ade bile banyak maksiat. orang sini bukan lagi banyak buat maksiat ke as compared to malaysia?" whoaa! soalan bodoh tak kuasa nak layan aku dah keluar.
"hehe...tak taula nad ek... agaknye sebab sini bersih kot. mane ad pollution sangat kot."
"erm..." aku nak tanye lagi. sebab tak puas hati. tapi tiba2 teringat suara horror cikgu aku masa darjah satu tadi. "nadiah busy body... nadiah busy body... nadiah busy body..." ia sepertinya echoing dalam telinga aku.
aku pun telan liur dan diamkan.

* sampai sekarang aku keliru dengan term yang cikgu aku gunakan. busy body? betul ke term tu? aku tanya bukan fasal kenapa mak leha bercerai ke... pak samad kawen dua ke... baju cikgu beli kat mana ke... kenapa anak cikgu rongak ke... aku tanya soalan bodoh related dengan apa yang aku nampak. macam kenapa harga ayam tu blablabla cikgu? (contoh je. sebab aku tak ingat soalan ape yang aku tanya sampai aku kene sembur). logicla, budak darjah satu... egocentric man! (kenyataan bela diri. hehe.)

pagi tadi. subuh. aku bangun malas gila nak ambil wudhuk. tiba2, bilik aku terang gila. kilat! pastu aku dengar bunyi guruh yang kuat ya ampun. aku terus segar. then, aku teringat soalan tak kuasa nak layan aku yang dilayankan oleh cik kawan. aku senyum sendiri. Tuhan dengarkan soalan tak kuasa nak layan aku ke? Terima kasih Tuhan...


- kopiyowais, nanti kalau ada masa, aku tulis entri tentang orang busuk hati. jahat betul. tapi, kuat ya kawan... ni mungkin ujian Allah untuk keluarga kamu. selalu fikir positif ya. sabar, insyaallah... kamu akan menang. dan untuk orang itu, semoga engkau sedar. kalau engkau itu Allah butakan hati sampai mati, kasihan... dan kalau engkau gunakan cara halus, ingatlah dosa syirik tu tak terampun... semua orang tahu fakta itu kan?
- aku tidak sihat. tekak kering. batuk. selsema. suara dah macam ramli sarip. cepat sihat ya perempuan. kesihan kawan2 kamu.
- semoga aku nanti bakalan jadi cikgu yang tahan meladeni anak2, walaupun soalan mereka jauh lagi bodoh tak kuasa nak layan daripada aku. tapi adakah? haih.

3.5.09

manusia

semester ni mmg perit untuk aku...byk gile dugaan...semuenye punca dari hati manusia yg tamak dan nk idop senang dgn cara mudah..pasal org ni, keluarga aku da jadi kacau bilau...

skrg ni, xcukop dgn ape yg dia da wat sblm ni, nk kacau family aku yg lain lak..nenek aku, maybe abg aku ngan anak dia pon skali..

kau mmg kuang hajo eh..klo ikot hati aku, da lame aku langgar kau dgn wira aku..pas 2 tumbok muke kau sampai lumat..nenek aku 2 xde wat ape pon kat kau..apahal lak kau nk wat dia smpai sakit mcm 2..abg aku,anak dia baby lg pon nk kacau gak...kau ni bodo ke ape..

nasib baik mak aku ckp jgn wat bnde bodo..kite doa je...klo x mmg trok kau aku kejekan...jalang!