aku faham. sebab orang yang aku sayang pun pernah jadi macam tu. aku beri namanya cinta. boleh? takutkan? tapi haruslah buat2 steady. aku takut sampai rasa tak mahu tidur dengan cinta. sebab aku rasa cinta akan bangun dan cekik aku malam2. hahaha. sebabnya, aku yang mengasak cinta jumpa ustaz. aku katakan. jumpa dulu. puaskan hati aku. meet him, 4 my sake. dan sebab perjumpaan itu, tembelang pecah. cinta sakit yang aneh. bukan sakit yang berkaitan dunia perubatan moden. sebelum ini cinta fikir cinta lenguh2 badan. aku lihat macam2 ubat cinta ambil. daripada ubat klinik, hospital, putra, farmasi, seng seh. kebal sungguh sakit cinta itu. sampaikan cinta tak boleh angkat bahu. jalan seret kaki. bernafas sekat2.
masa jumpa ustaz, depan mata aku cinta jerit. cinta menangis. aku jadi pegun. kekasih cinta juga sebak. cinta kuat. sangat kuat. sampaikan aku terpelanting sebab uztaz suruh aku pegang kaki cinta. kesudahannya - ustaz itu tidak kuat. dia suruh kami jemput seorang lagi ustaz dan mereka akan usahakan berdua. dan untuk kali ini, aku bulat hati. aku tidak mahu ada di tempat kejadian. sebab aku tahu, pasti ngeri akan bertambah. dan... aku betul. aku dengar cinta mengilai, ketawa, ludah kekasih dia, bercakap2. aku sangat relief sebab aku tak ada. haha.
tapi itu bukan pengakhiran. susah sangat benda jahanam itu mahu tinggalkan cinta. mungkin kerana kasih. mungkin kerana mengikut arahan. aku pun tidak tahu. benda jahanam itu tidak mahu bocorkan rahsia walaupun seinci. benda jahanam itu tegar.
baru2 ini aku dengar, alhamdulillah...benda jahanam itu mungkin tiada lagi di samping cinta. cumanya, cinta perlu hati2. kerana jiwa cinta pernah lompang dimasuki dia. dan kebarangkalian dia kembali berdamping sama cinta tinggi.
dan cinta aku, sedang kumpul kekuatan tika ini. sedang melawan. dan masih berikhtiar.
alhamdulillah... Tuhan sepertinya mudahkan jalan kami. semoga jalan kami terus mudah ya, ya Allah. semoga pasak yang dibina cinta semakin kukuh.
irsyad,
aku tidak tahu banyak. tapi aku ingin kongsikan. ustaz itu suruh cinta amalkan. untuk bina benteng buat diri.
- amalkan al-ma'thurat.
- baca "bismillahillazilayadhurruma'asmihisyaiunfilardhi. walafissamaiwahuassami'ul'alim". kamu cari. jangan lupa. ada dalam al- ma'thurat. baca. jangan pernah penat.
- kalau boleh, kamu carilah ayat manzil. kedai buku. kalau tak nampak. tanyakan. selalunya ada. amalkan.
- dan jangan lepas daripada wudhu'.
- pasangkan surah al-baqarah di rumah.
setakat itu yang aku ingat. kalau mahu lagi, aku akan tanyakan sama cinta.
irsyad,
jangan pernah dendam. ya, aku faham. sangat faham. kita manusia biasa. tendency untuk berdendam, marah, kecewa sangat ada. tapi ustaz itu pesan pada cinta aku. "segalanya berlaku atas keizinan Allah. kalau Allah tak izinkan, semua tak akan terjadi. segalanya tak akan sampai. yakin akan hikmah di sebalik setiap kejadian. awak ni orang terpilih sebab berdepan dengan ujian ini. mungkin dengan cara ini awak akan lagi dekat dengan Allah."
fikir yang baik2 sahaja ya. setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. itukan janji Allah.
pohon pada Dia. pohon agar keluarga kamu diberikan kekuatan.
dan biarkan Allah yang membalas mereka yang berhati syaitan itu. kita bukan pengadil. sungguh. kita langsung tidak berhak. kerana sesungguhnya Dia yang sangat berhak. Dia yang tahu apa yang tersembunyi dalam setiap saat. tapi sekurang-kurangnya, senyumlah. kamu tahu ada yang akan menunggu mereka berhati syaitan itu. kerana orang yang menghantar benda jahanam itu telah menyimpang. terlalu amat jauhnya dengan meminta pertolongan kepada selain Allah. kamu fahamkan kawan? aku tahu kamu dapat baca maksud aku.
doa aku sentiasa ada sama kamu irsyad. semoga kamu dan keluarga kamu berada di bawah rahmat dan perlindunganNya.
"O you who believe! When you meet a force, be firm, and call Allah in remembrance much (and often); that you may prosper" [8:45]
"So preserve in patience; for the promise of Allah is true: and whether We show you (in this life) some part of what We promise them - or We take your soul (to Our mercy) (before that) - (in any case) it is to Us they shall (all)return" [40:77]
"So preserve in patience; for the promise of Allah is true: and whether We show you (in this life) some part of what We promise them - or We take your soul (to Our mercy) (before that) - (in any case) it is to Us they shall (all)return" [40:77]
oh, irsyad. in case mahu nombor ustaz itu, beritahu aku. nanti aku tanyakan sama cinta.
9 comments:
thanks 4 your concern...
sian cinta..jahat sape yg buat cinta.
pinkconverse: ala...biasala.anak beranak setan. boleh ke cakap camtu?
irsyad: hey, mende mekaseh2? mcm xkenal aku. sengal.
crap
aku pulak tengah fall in love dengan tae hyon
camna ni
eh nanti tengoklah video clip snsd baru, aku dengan tae hyon.
pip, tae yeon la..jgn mimpi la nk ade video ngan dia..haha..taste dia org gemok mcm aku...hehe..
tae hyon tu nama islam dia la nanti gua bagi.
nur arfah tae hyon
amcam?
aku nk bagi dia nama hani qaisara kim abdullah...
*smiling*
irsyad punye nama mcm dlm novel.
Post a Comment