28.5.09

.mari mengumpat.

mari buat exercise pernafasan. sila baca perenggan di bawah dengan satu nafas sahaja. untuk merasa kelelahan aku. =)
workload yang macam apa dan readings yang sangat banyak untuk kerja kursus dan ujian tetapi cuaca yang sangat sejuk di samping kekeliruan kerana tidak tahu mahu memulakan kertas yang mana dahulu kerana submission date mereka beratur lebih-lebih lagi dengan keadaan yang sangat tidak kondusif (cognitively, emotionally, financially) menjurus kepada keadaan diri yang negatif dan tidak terurus.
haih.
kenapa susah mahu ada semangat belajar yang tinggi?

okay. next. aku mahu cerita tentang manusia. mari mengumpat. mahu kongsi dosa? silakan. hehe.

chris,
dia itu sangat enthusiastic orangnya. committed dengan kerja. kalau jumpa dia tepi jalan agaknya orang tidak akan sangka sama sekali dia seorang pensyarah yang sangat teramat cinta sama kerjanya. dengan hoodie, jeans lusuh, bertindik di telinga dan di hidung (macam mana mahu bayangkan ya? erm.. di batang hidung yang di antara mata tu. ada 3. cool kan). dia sudah tidak boleh minum arak kerana badan dia sudah develop resistance terhadap benda itu. juga dia adalah perokok tegar. traditionally, orang akan cermin seorang seperti dia sebagai individu yang tidak berjaya. especially kalau di negara aku.

fiona dahulu juga seperti chris. dia lagi hebat. dengan ketagihan dadahnya. dia cerita dia pernah homeless (maaf kalau aku silap). however, despite all that, dia kini ada title doctor. dia ke kuliah dengan t-shirt dan jeans juga. ada satu hari dia ke kuliah dengan t-shirt nirvana (kesayangan katanya) dan jeans koyak2. dia bawa gitar. dia kata inilah saya. aku senyum.

aku juga ada satu coursemate yang sangat bergaya. hehe. dengan rambut panjang hampir separas pinggang (dihitamkan). dia ini lelaki. anting2 di kening, hidung, mana lagi aku tidak ingat. celak warna merah di mata. goth kot... tapi bila dia buka mulut bagi pendapat, orang kagum. sangat macam orang yang suka baca buku.

ramai lagi orang di sini yang orang tua akan urut dada bila nampak (kalau di negara aku) tapi superb. ting ting!

tunggang langgang. aku tulis ikut jari bukan ikut otak. tapi aku mahu sampaikan point - dont judge a book by its cover. tapi sudah jadi macam perkara biasa untuk mengadili individu dengan memandang luaran sahaja. negatif terus dipandang negatif. tutup peluang mereka sebab ramai lagi orang baik yang dengar kata, ikut norma. bosan. macam mana mereka mahu jadi baik kalau semua orang tutup mata, tidak mahu peduli sama kualiti mereka. haih.

aku dulu punya kawan yang sangat cool. dia suka pukul orang (yang cari fasal okay. bukan tiba2 mahu genggam penumbuk dan keluarkan darah daripada rekahan bibir mangsa). dia merokok. dia suka mencarut. dia pernah melawan seorang cikgu. jujur. agak melampau cara dia. aku pun rasa tidak patut. (aku beritahu yang aku tidak setuju. dia katakan. "yang jahat tu kan ... . janganlah kaitkan ayah .... . dia tak salah pun). oh lupa. sebab kekecohan : dia selalu tak mahu duduk depan bila cikgu itu suruh. akibatnya. sampai akhir tahun, dia kewujudannya tidak pernah dihiraukan. kalau ada handouts, dia mesti tidak akan dapat. kalau aku yang pergi photocopy, dia akan panggil aku, "nad, ... sekali eh,". aku kesian sama dia. cikgu2 kata dia tidak ada harapan. cikgu2 pandang dia kurang ajar. tapi cikgu2 tak kenal dia dengan sebenarnya. dia juga punya sisi halus yang sangat cantik. dia itu sangat baik. sungguh. kawan yang sangat baik (pukul orang sebab orang cari fasal dengan kawan dia, selalu ada untuk aku). anak yang baik. kerja untuk cari duit lebih. sayang adik-adik (sebelum pergi sekolah jada adik2 sebab emak kerja). dia athletic. pernah dapat tawaran ke sukma kalau aku tidak salah. tapi sebab dia cari fasal dengan seorang cikgu dan cikgu itu made mess kepada administration, dia tidak dapat peluang itu. dia luahkan dia sangat sedih. itu sahaja yang dia ada untuk jadi orang berjaya, dia kata. aku tidak boleh berbuat apa2. cuma pinjamkan telinga. powerless. terakhir dia hubungi aku, dia jadi tukang masak di satu kedai makan. dan bila aku ke sini, aku lost contact sama dia. aku berharap dia akan terus sejahtera. sebab dia sangat baik walaupun orang pandang dia si rambut ungu, kuning atau oren (dia suka tukar warna rambut dan warna2 itu merepek) yang entah apa2. gila betul dia itu. dahla panggil aku si gemuk (tak puas hati sampai sekarang. hehe.).


* sepertinya aku punya isu dengan cikgu2. haih. taklah... bukan semua. aku sayang ramai cikgu2 aku. semoga aku jadi cikgu yang baik. sekali aku nanti jadi cikgu yang bosan, macam nenek kebayan, tak memahami. hari2 dikirim doa tak elok daripada pelajar. bagaimana itu? aku sangat takut... minta dijauhkan.*

9 comments:

Anonymous said...

menarik cara ko analisis character2 yg ko jumpa..tp aku sebenarnya nak sokong pendapat ko tentang dont just the book by its cover..bg aku org mmg mcm tu..suka sgt buat andaian tentang org lain walaupun x penah cakap pun dgn dia.."yg senyap itu lah yg baik, dan yg bising dan gila itu lah yg jahat"..nilai org bila dah btol2 kenal org tu jer..for me, if you have something bad to say about other people, just shut up ur f***ing mouth..
p/s: don't worry to much,i'll bet ur gonna be a great teacher..

.nad. said...
This comment has been removed by the author.
.nad. said...

merepekla... delete comment sendiri pun kene macam ni.

anynomous: personally, manusia tak layak langsung nak judge manusia lain kot... sebab hati manusia Allah maha tahu. macam bajet pulak. btw, thanx, terharu sebb kamu percaya sama aku. amin... aku ini sangat takut. dealing with people is not a small matter.

Anonymous said...

nad: btol tu..tuhan jer yg tau hati budi org tu..bukan aku nak kata yg aku nih baik & sememang nya aku nih x baik pun..cuma aku rasa benci dgn org ramai yg membuat muka bila jumpa character2 yg ko sebut tu..

the reason that i was saying that u'll be a great teacher is because the fact that you are worried about being a good teacher shows me that you are already thinking of your future students.guru yg hebat bukan sekadar ada segulung ijazah yg penuh dgn grade A..tp guru yg hebat ialah guru yg memikirkan tentang anak muridnya..

.nad. said...

anonymous: ya. tak kenal maka tak cinta. lalu bagaimana mahu jatuh cinta kalau individu itu penuhkan first impression dengan negative connotations tentang individu lain. betulkan?

haih. usah dipuji dahulu. sebb aku ini belum berada di dalam kasut seorang cikgu. aku takut semakin aku beranjak usianya, semakin aku lupa pada berbezanya pemikiran dan situasi antara dua generasi. tak mustahil aku akan jadi cikgu yang 'dikenang'...

dan kamu mahu tahu? cikgu2 aku terkejut aku bakal menyusul mereka. "boleh ke nadiah tu? saya takut dia menangis je nanti" "nadiah? jadi cikgu?" kawan2 sekolah aku, di sini, bet. aku mesti selalu menangis bila keluar kelas. demotivating betul.

Anonymous said...

nad: aku setuju dgn ko..tp sayangnya reality dunia x kan berubah..especially di m'sia skrg..semua perlu kemas dan cantik belaka..kalau ada yg lain dari org ramai, akan dipandang serong lah org tu..

aku bukan nak puji ko..tp bagus la ko dah start pikir mcm mana nak jadi guru yg baik..pengalaman aku sbg murid yg digelar golongan 'bermasalah' di sek bersama kawan2 aku byk mengajar aku..kami harghai guru yg betol2 ikhlas mengajar kami..bukan guru yg sekadar nak muridnya dapat A..

aku percaya ko masih muda dah jarak usia itu masih x terlalu jauh..nasihat aku cuma bila ko dah jadi guru nanti, ambil berat tentang anak murid ko sbgai manusia dan bukan sekadar murid sahaja..insyallah ko akan jadi guru yg dikenang..

kenapakah org mcm guru ko itu sgt buruk niat hatinya? sepatutnya mereka berbangga dgn ko..bukan semua org nak jadi guru..tugas yg paling susah dan juga yg paling mulia kalau dibuat dgn niat yg betul..bagi aku, ko pedulikan saja mulut cikgu dan kwn2 ko tu..what kind of friends is that? prove them wrong..

bekas penghuni block 3 said...

ilmiahnya komen2 org laen. biaq la komen aku x ilmiah pun, tp aku tempek gak kat sni..

apa2 pun, i know u can b a good teacher nad..
eh silap.
great teacher nadiah!
GTN! ala, x serhyme GTO..
argh, pedulik apa aku..hahaahh!

pesanan penaja: mish u bebeh!

.nad. said...

anonymous: ala... janganlah cakap cikgu2 yang ragukan aku buruk niat. cumanya, mereka tidak yakin sama aku. by the way, thanks a lot for supporting me. bagi kamu sati senyum. hehe.

bekas penghuni blok 3: alahai miza. panjang betul nama samaran hang. miss you too! counting days to meet you again. ingat plan jalan2 kita... tak ingat taknak geng. hehe.

miza said...

aisey.. identitiku terbongkar jua
*aiceh, ayat xbleh blah*

plan jln2? yg mana 1? byk nih plan jln2 kita,start dari ipba lgik x prnh nk accomplish..hahah!