17.5.09

.genius dan 'genius' to be.

*sebahagian buku2 tulisan genius yang aku pun macam nak jadi 'genius' bila baca*



sibuk hidup aku akhir2 ni.
dengan istilah anarchism, liberal education, dialogue, conscientization, praxis, bourgeois (sebutnya bozhuwa - dan aku baru tahu. gila betul. aku sebut bergois depan lecturer aku. hahaha. malu. tapi okayla. salah betulkan, daripada dia diamkan dan aku pun sebut bergois sampai aku mati.), etc.
sungguh.
macam nak koma.
berapa malam hilang masa tido sebab kerja itu.
dan sekarang aku masih dalam proses qada' waktu yang hilang.
still, aku rasa tak cukup lagi. mahu deep sleep. mahu ambil sedative, anti depressant, segala macam.
mahu tidur 3 hari tanpa bangun.haih,
sungguh, aku tak sangka pada umur 21 tahun ini aku akan belajar tentang fahaman politik. menarik. aku cinta kertas educ 229 ini. tapi aku tak sanggup mahu siapkan kerja2nya. perah otak, fikir perkaitan, makna simbol. oh... aku rasa seperti orang bijak. haha.
aku mahu bercakap sama paulo freire, paul goodman, antonio gramsci, karl marx, che guavara... aku rasa mereka inspiring walaupun kadang kala kawan aku merungut. belajar tentang orang pelik. sakit kepala. tapi tak tipu. sakit kepala mahu faham genius2 ini. itu baru surface of their ideology, theory, belum masuk yang entah apa2 lagi. syukur... =)
tapi genius2 inilah yang membuatkan kita berfikir sebagai manusia.
berfikir tentang realiti kehidupan. realiti dalam erti kata realiti yang sebenar. penindasan secara senyap. kawalan minda. pengeluaran yang berterusan (reproduction) kelas2 manusia. budaya cendikiawan yang sebenarnya ilusi. bahasa yang kononnya perlu dikuasai untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi (referring indirectly to ppsmi. hehe).
dan kita... menurut.

No comments: