22.1.12

borak

mereka minta kebebasan akademik.

mereka mahu ahli akademik menyatakan pendapat tentang kepakaran mereka tanpa perlu takut tindakan tatatertib dari pihak yang berkuasa ataupun pihak atasan yang sememangnya dipengaruhi oleh pihak yang berkuasa. kenapa perlu menyekat pakar dalam sesuatu bidang menyatakan pandangan ilmiah mereka yang berdasarkan fakta.

mereka mahu berpolitik dan berorganisasi. ini adalah untuk menyiapkan mereka untuk menghadapi dunia sebenar. kerana di luar universiti, politik dan organisasi ini memang ada. jika tidak ada pengalaman berpolitik dan berorganisasi di dalam universiti, 4 tahun di universiti hanya untuk belajar teori yang sudah pasti bukan 100% digunakan di dunia sebenar. di dunia sebenar, politik dan organisasi ada di mana-mana. jika mereka dibenarkan mentadbir universiti bersama HEP, bermesyuarat bersama senat, suara mereka akan didengar selain mendapat pengalaman bagaimana hendak menguruskan organisasi. yuran-yuran seperti yuran pengangkutan, yuran menggunakan kemudahan, yuran wi-fi dan sebagainya mungkin akan dikaji semula. mereka bukan budak sekolah yang ada yuran stokin mssd, yuran komputer dan lain-lain.

ini hanya pandangan peribadi pada masa ini. mungkin aku salah sebab tak cukup ilmu lagi. semoga dapat ilmu lebih lagi untuk jadi insan yang lebih baik.

-kita tak pernah sendiri. Allah sentiasa ada dengan kita-

2 comments:

.nad. said...

i agree.Allah sentiasa ada dengan kita.entry tu ditujukan utk manusia,haha.right?after all org yg bjanji sehidup semati ape kejadah sume tu xkan ad dengan kita pn.parents pon 1 day will leave us.yg tinggal kita sendiri.physically i mean.n in the end kita akan balik pada Allah,supposedly Allah tu didahulukan.but konsep manusia termasuk aku la kn...dh bkecai semua baru nampak jalan pulang ke pangkal.haih,

-syad- said...

tu semua experience..we'll see things as we grow older..tinggal nk amik pengajaran dari bnda2 lpas atau x je..