23.10.09

.mari menyanyi.



*gambar2 di atas adalah hiasan semata-mata*

tak ada kerja.
bosan.
pejam mata.
pakai earphones.
nyanyi lagu.
out loud.
lagu ini comel tapi banyak mesej.

"lu cilok gua,gua cilok lu.cilok gua,gua cilok lu.cilok gua,gua cilok lu.cilok.baik punya cilok!"
sambil goyang kepala,tepuk tangan dan hentak kaki.
lebihlah nad...

cari lirik,tapi tak jumpa yang betul2.nak letak video,lambat.
aduh...

20.10.09

.introducing,arthur.




"life can be so strange"

semua orang ada bahagian masing2,kan?
sedikit bahagian buat atok di sini sekarang.
semoga bahagia menunggu atok di sana.
InsyaAllah.
kami doakan atok...

.terima kasih.

terima kasih Tuhan.
untuk nafas,kekuatan,dan harapan.
untuk kebahagian dalam kesedihan.
juga untuk kesenangan di sebalik kesusahan.

terima kasih mama,ayah,aqel,haziq,faiq.
atas cinta yang tak pernah bersyarat,
untuk doa yang tanpa putus,
untuk kasih yang tanpa ingin imbalan,
juga untuk setia yang sangat tulus.


buat adik beradik,
terima kasih,
atas kesudian mendengar.
untuk doa,masa,keterbukaan,nasihat,sokongan,cinta, dan penerimaan kalian.



kerana itu yang membuat aku terus tegar di sini.

17.10.09

.kahwin.

entry tak ada kaitan dengan tajuk.malas fikir tajuk yang appropriate.lepas tu rasa nak cerita2.plus,ada unsur fitnah di sini ya.in conclusion,entry ini boring....

tadi makan banyak di open house.

junior aku yang duduk di belakang aku sapa, (perbualan diedit)
"nad"
"erm"
"kau nak tahu tak?"
"ape?"
"muka kau macam junior kita"
"third cycle?"
"haah.sama gila.bentuk muka semua"
"haa...kau pun nak tahu tak,muka kau macam kawan aku gak"
"tapi kawan kau tu suka kau tak?"
"erk.taklah.kau ni..."
"takdela...sebab junior tu suka aku"
"ye ke?ke kau perasan?"
"betul ni.serious.muka sama dengan kau.blur2 dia pun macam kau"
"yela tu.kau.cakap aku blur pulak"
nasib baik dia tak claim aku suka dia.haih.
"bot,bila nak kahwin?"
"lagi dua tahun"
"masa tu umur baru 23 ke 24"
"haahlah"
"bagus kau.kahwin awal"
"yelah.nak apa lagi kan..."
tiba2 ada brader sound aku,
"fikir kahwin je..."
muka aku biru hijau.dahlah tak kenal dia.tak pernah nampak pun.gila kau.
"mana ada.fitnah je.tak fikir pun"
ada lagi satu junior menyampuk, "yelah kau nad...dah ada calon kan?"
"fitnah weh"
tiba2 aku nampak macam birah nak kahwin.eh,mana ada.kahwin benda baik.mana ada birah.kan?
"weh.orang dah ramai.balik jom.kita buat menyemak pulak kat sini.aku nak balik"


tiba2 aku rasa kagum dengan dia.sebab mahu kahwin awal.bunyi macam lelaki baik2.aku puji kau!ding2!patutlah kau beriya kerja.kumpul duit...bagus2.

buat sara tersayang,
bila mahu langsung?kesian abang dah tunggu lama.sampai beruban.setia sara...
sara kantoi!haha.dating dekat taman bunga.romantic gitu!aww!

*spotted-sara bersama abang (nama dirahsiakan) sedang memadu kasih di botanic garden.mesti abang ni first rank kan dalam list lelaki yang menggetarkan untuk sara*

15.10.09

.getaran jiwa.

assignment in progress.take 5 lah.bual tentang lelaki kacak.boleh,kan?
first of all.menyedari diri.tapi takkan lah sebab tak cantik,aku tak boleh cakap tentang lelaki kacak.right?
ok,now.the names are listed randomly,not ranked.note also,beauty is in the eye of the beholder.
5 lelaki yang di mata aku adalah menggetarkan.
whoaa!

1.mustapha maarof

2.aqasha

3.fauzi baadila

4.song seung hun

5.jung woo sung

13.10.09

.atok=arthur.

last 2 weeks:
aku dan diana beri chocolate,gambar, sama card buat atok.
over sebab beri gambar.
who cares?
kami beri sebab kami mahu atok tahu nama kami.
tak ada masa mahu ramah mesra dalam bas.
"sir,nak jumpa...kite lunch ye someday"

hari ini balik kerja,naik bas.
atok kata ada something buat aku.
atok suruh tunggu.tiba2 pergi bangun dari seat ambil bag.
aku malu sedikit,sebab orang dalam bas tengok.
dia buka bag,keluarkan card.
"untuk awak"

aku senyum sampai telinga.
ambil seat,terus baca.
kami ada date dengan atok!yeay!
atok suruh pilih satu hari sebab atok cuti.
dalam card,atok beri phone number.
atok seorang ye?sebab atok cuma ada bilik,bukan rumah.
eh,mana ada seorang.kan kita kawan.hehe.

ayat yang paling buat aku jadi seribu rasa;
"your friendship,this i will always hold dear to my heart."

sampai uni,
aku yang paling akhir turun sebab mahu cakap sama atok.
"terima kasih untuk card"
"awak suka?saya harap awak suka"
"mestilah suka.nanti kita jumpa"
"have a good day"
"awak juga.bye2"

dear my friend,atok,
nanti jumpa ya.saya habiskan assignment dulu.
mesti berdebar macam pergi first date.
nasib baik diana ada.
aku memang over.


*in case aku misplace.sampai mati aku mahu simpan.sebab punya high sentimental value*



.rapuh.


macam kuih batang buruk.

11.10.09

Fly Uncle Charlies Kite

test KI td mmg mcm haram...ckp teori sahaje..masok bab calculation yg pakai rumos panjang pecite...mmg cipan tol la..tension gak rs ni..mcm nk bantai org smpai koma..

tips utk bace title post ni...baca yg capital letters sahaje..

10.10.09

.happy belated birthday sayang.




semalam oct 10,birthday faiq.yang ke-12.adik,kaklong dah wish adik kan semalam?
selamat hari lahir sayang.i love you.adik yang itik.perut jangan lagi besar tau.hehe.rindu sangat dah ni dengan budak2.haih.

.dalam setiap sujud dan tadahan tangan,aku seru namaMu.

KONSEP DOA DALAM ISLAM

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengambil kesempatan pada hari Jumaat ini untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Agama Islam menggalakkan kita agar sentiasa berdoa kepada Allah. Allah memiliki segalanya. Setiap sesuatu berlaku dengan keizinannya. Maka kita dianjurkan agar meminta kepada Allah segala yang baik, untuk kehidupan kita di dunia ini dan kehidupan kita di akhirat kelak. Hanya orang-orang yang sombong sahaja yang tidak mahu berdoa meminta kepada Allah.

Doa bukanlah bermaksud kita meminta dan kemudian duduk memeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu apa pun. Akan tetapi doa mestilah disertakan bersama dengan usaha. Jika kita berdoa untuk dimasukkan ke dalam Syurga, kita mestilah berusaha dengan amalan-amalan soleh dan menjauhi dari perkara-perkara munkar. Jika kita berdoa agar Allah melimpahkan rezeki kepada kita, kita harus bekerja keras untuk itu. Jika kita berdoa agar Allah memberi kejayaan dalam peperiksaan sekolah, maka kita harus belajar bersungguh-sungguh.

Allah s.w.t mendengar segala permintaan kita. Apa sahaja yang kita minta akan didengarnya. Dan orang-orang Islam apabila mendengar akan dikabulkan oleh Allah, apatah lagi kalau orang itu beriman dan melakukan banyak amal soleh. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah, bahawa ada doa yang Allah kabulkan dengan cepat, ada doa yang Allah tidak kabulkan dan ada doa yang Allah simpan untuk hari Qiamat.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian,

Kadang-kadang kita tertanya, mengapakah Allah mengkabulkan permintaan orang-orang kafir sedangkan kita orang-orang yang beriman, kadang-kadang doa kita seolah-olah tidak dikabulkan oleh Allah?

Ketahuilah bahawa ada dua punca mengapa Allah cepat mengkabulkan permintaan hambanya. Pertama kerana Dia cinta dan sayang terhadap hamba tersebut. Dan kedua, kerana Allah murka terhadap orang tersebut. Sesungguhnya apabila Allah murka terhadap seseorang, ada ketikanya Allah akan menambah rezeki seseorang dan mengkabulkan segala permintaanya. Orang tersebut akan menjadi lebih lalai dari mengingati Allah, akan terus tenggelam dengan kenikmatan dunia dan maksiat. Akhirnya Allah akan mencabut nyawanya dalam keadaan dia lalai. Sehingga dia mati dalam keadaan buruk su'ul khatimah. Inilah yang dikatakan ulama sebagai istidraj.

Firman Allah dalam surah Al-An'am, ayat 44:

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

Sidang Jumaat sekelian,

Kadang-kadang kita tertanya kenapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t sedangkan ktia banyak mengerjakan ibadah dan taat kepadaNya.

Jawapannya dua. Pertama, Allah s.w.t suka mendengar permintaan dari hamba-hambanya. Apabila Allah suka pada seseorang hamba, maka hamba tersebut dibawah rahmat dan perlindungannya. Allah juga akan menyimpan doa-doa hamba tersebut untuk kegunaan hamba itu di hari dimana tiada guna harta dan anak. Itulah hari kiamat. Apabila tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan hamba tersebut dari api neraka, maka ketika itu Allah akan menunjukkan kepada hamba tersebut segala doa-doanya dan ketika itu doa-doa tersebut akan dapat menyelamatkan hamba tersebut dari api neraka.

Begitulah, wahai sidang Jumaat yang dirahmati Allah, bagaimana cinta dan kasihnya Allah terhadap kita. Bukan kerana Allah tidak mahu memberi permintaan kita, tetapi Allah akan menyimpankannya untuk kita bagi hari Kiamat kelak. Itulah doa-doa orang-orang solihin, orang-orang yang taat kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat sekelian,

Perkara kedua yang harus diketahui adalah, antara sebab-sebab Allah tidak mahu mendengar permintaan dan doa kita berpunca dari diri kita sendiri, yang ingin meminta tetapi tidak patuh perintah Allah. Kita ingin Allah memberi kita tetapi apakan yang kita telah lakukan untuk Allah, untuk Islam, untuk Rasulullah s.a.w? Sanggupkan kita lakukan seperti Bilal? Yang menahan siksaan kerana keimannya kepada Allah? Sanggupkah kita lakukan seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq? Yang menafkahkan seluruh hartanya untuk Islam? Sanggupkah kita lakukan seperti Imam Nawawi? Yang mengorbankan siang dan malamnya, yang mengorbankan kelazatan hidup di dunia ini, untuk menegakkan ilmu agama Islam? Tidakkan kita malu, meminta dari Tuhan tetapi tidak patuh perintahnya? Pintalah Allah. Berdoalah kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi segala larangannya.

Berkata Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah:

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya iaitu untuk disembah.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak mengamalkan isi Al-Quran. Kamu senantiasa membaca Al-Quran tapi tidak kamu amalkan isi-isinya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah tapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu patuh kepada syaitan. Kamu akur bahawa syaithan itu musuh kamu tetapi kamu patuhi dia.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu mencampakkan diri kamu ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu lemparkan dirimu sendiri ke dalamnya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan Kamu ingin memasuki Syurga tapi kamu tidak melakukan amal soleh.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu sedar kamu akan mati tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu melihat kecacatan orang lain, tetapi kecacatan kamu sendiri, kamu tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain sedangkan keburukan dan kesalahan kamu sendiri kamu tidak nampak.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu mengecap nikmat tetapi kamu tidak bersyukur, bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah.

Bagaimanakah doa kamu dikabulkan oleh Allah, sedangkan kamu menguburkan jenazah orang lain tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri. Kamu lupa bahawa kamu juga akan dikuburkan kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita menjadi orang-orang yang sentiasa melakukan perintah Allah. Marilah kita berazam tidak mahu mengulangi segala perbuatan buruk kita. Insya Allah, segala doa kita akan diterima oleh Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat ayat 186:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku (Allah) maka (jawablah) bahawa Aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik"

Barakallah...

i am very fond of this sermon.kind of an aide-memoire untuk aku.Allah maha pencinta dan maha mendengar.sejauh mana kita dengan Dia,Dia tetap ada ketika kita kembali.Tuhan itu tidak mengadili,sehingga roh tinggalkan kita.Tuhan selalu dengarkan kita.ada satu pinta aku yang sebabkan aku lumpuh kalau tidak dijadikan realiti.itu pada point of view aku,yang konon2 sangat tahu tentang diri sendiri.kalaupun kita bisik,"Allah,aku tak mampu",Dia lagi tahu perihal kita,kan?Dia tahu,kita kuat walau sekiranya di'hold' pinta itu.betul,kan?semoga dikuatkan aku,engkau dan semua menjadi hambaNya yang redha dan ikhlas.

6.10.09

.really?.

posting guru2 akan dilewatkan dan dibuat secara berperingkat mulai 2010.

5.10.09

.heart says home.

aku wish yang aku berada di satu tempat lain.

2.10.09

.tadi.

berlari dengan bergaya kejar bas.

masa tengah make bed dekat motel,aku confuse.diorang ni berenang ke,berlari ke,bersilat ke atas katil?kenapa sampai bed linen yang bawah sekali boleh tercabut?bergaya betul mereka tidur.

aku kagum tengok satu bag besar make up seorang guest.kayanya makcik tu...

aku tumpahkan liquid masa kerja.habis makcik tu punya liquid.sorry aunty.

aku tengok accident.brake sampai bunyi lepas tu berlanggar.

nak beli taro tapi xjadi.

pergi farmers tengok stroller.motif?entah.saja suka.

jalan balik sambil sembunyikan tangan sebab takut tangan hitam.panaslah hari ni.

1.10.09

97-08

inilah hasil pengumpulan aku selama 2 semester...skit lg nk lengkapkan collection...baju 2 season latest aku xde lg...blom ade rzki...

go chelsea...

kesan selepas raya

raya untuk aku xde pape yg spesel pon...just dpt duit raya and jln skit2..bes gak dpt jmpe spupu2 yg balik dr overseas..dgr cite diorg..duit raya thn ni aku wat bli jam ngan kasot..last time aku bli jam mase aku form 4..still ade smpai skrg..syg gile jam tu..

skrg, da naik cuti raya..keje mmg ultimate byk..design, k.i, vibration, control, n plg rabak psm...gile byk bebanan keje..xtau la bole siapkan ke x..

bile keje byk, aku jd bosan..mule la bkak movie yg da byk kali tgk sblm ni..main pes..facebook lg..nk diet pon ssh sbb aku mmg ssh nk wat keje klo lapa..

pas ni kene saving sbb br tuka bateri kete..sengal btol..time ni la dia nk kong..

ok..cukop..stat wat keje balik..