25.7.09
.sedang makan kismis.
aku pingin punya sentuh halus.
yang membenarkan aku berilusi.
melarik warna ganti cerita.
aku pingin punya lakar cantik.
untuk aku memotretkan indah.
mereka yang aku cinta.
dengan rasaku.
dalam khayalku.
di atas kanvas milikku.
aku simpulkan hidupku.
aku notakan pemerhatian.
aku kongsikan erti.
yang nantinya.
terjemahanya milik aku.
figuranya milik bersama.
-aku mahu dikit saja kebolehan yang aku tiada itu. bolehkah? tangan sudah keras macam batu-
24.7.09
17.7.09
weaker foot accuracy
8.7.09
.ppsmi akan dimansuhkan ke?.
kalau benar aku mahu ombak! wee~
juga sedikit haka all blacks! ohh yeahh! awesome man!
"ka mate, ka mate"
"ka ora, ka ora"
"ka mate, ka mate"
"ka ora, ka ora"
sudah bebel tentang ini beberapa bulan yang lalu.
kalau rajin layan kepala aku, bacalah. dialu-alukan. =)
ppsmi: pemikiran aku yang tidak berasaskan fakta
6.7.09
.ketika dilanda taufan bosan yang tegar.
ada satu daya menarik jarinya.
si kecil bermata sepet tersenyum kelat.
comot tapi kulitnya halus dan jernih.
baju putih berbias coklat.
seluar hitam terjerut di pinggang.
mahumu apa si kecil?
tangannya pegang pipi cengkung itu.
ini wang untuk kamu.
penuhkan perutmu, basahkan tekakmu.
abang.
ibu pergi tadi pagi.
setelah demam yang lama.
tangan ibu dingin.
mata ibu ada air jernih.
ibu sakit ataupun sedih?
ibu takut tinggalkan saya dengan hutang ayah?
ibu ralat tak dapat sempurnakan hidup saya?
ibu itu,
keluar malam pulangnya pagi.
dengan gincu merah,
kulit putih tak berparut,
rambut lurus paras pinggang,
ibulah yang tercantik.
semua orang mengata ibu.
sundal, jalang,
apa itu abang?
orang jahat ya?
ibu tak jahat.
ibu yang terbaik sedunia.
sebelum kerja, ibu siapkan makanan.
walaupun bubur lauknya garam.
itulah yang paling sedap, abang.
abang.
ibu itu suka suruh saya mengintai orang solat di masjid.
belajar gerakan solat.
ajarkan ibu.
kain batik sejadah ibu.
telekungnya baju kurung dan tudung ibu ayah.
ibu buat gerakan solat tanpa bacaan.
quran hadiah perkahwinan daripada ayah ibu renung lama.
ibu selalu cakap yang ayah janji akan ajarkan ibu.
solat, mengaji.
kalaulah saya tahu, pasti saya ajarkan ibu.
usah tunggu ayah.
lihat abang, ibu tidak jahat bukan?
ibulah yang terbaik sedunia.
selalu abang.
ketika ibu bacakan cerita.
lelaki2 besar ketuk pintu kuat sekali.
minta hutang ayah yang lari.
ayah hilang tinggalkan kami.
bila saya menangis takut,
ibu khabarkan yang ayah kerjanya jauh sekali.
ibu maniskan hidup saya dengan salam sayang ayah.
tapi saya tahu ibu tipu.
ibu itu cintanya tulus pada ayah.
diputuskan darah keluarga.
digelar pengkhianat.
semua demi kasih pada ayah.
tapi ibu tak pernah sesalkan apa2.
takdir Allah tertulis cantik kata ibu.
ad-din dan saya anugerah terindah.
abang.
ibu selalu tatap gambar ayah di meja solek.
gambarkan ayah seperti malaikat.
yakinkan saya ayah akan pulang.
ambil kami dan bawa ke sebuah daerah aman.
cerita yang selalu ibu bualkan seperti cerita si pari2.
indah tak tersentuh.
tapi hidup ibu sedih.
hati ibu rawan.
tetap, ibu tersenyum untuk saya.
ibulah terbaik sedunia, abang.
malam tadi.
ibu peluk cium saya.
badan ibu panas sekali.
dada ibu berat berombak.
ibu bisikkan yang saya harus kuat.
belajar solat, mengaji.
jadi baik untuk kejar wangi syurga.
doakan supaya ringan siksa buat ibu.
ibu cium jari saya banyak yang amat.
ibu pohon maaf.
ibu kata ibu bukan ibu yang baik.
ibu susahkan hidup saya.
tapi abang, ibulah terbaik sedunia.
abang.
boleh bawa saya ke masjid?
saya tak pernah masuk ke situ.
ibu kata tempat itu damai.
itu rumah Allah kan abang?
mesti istimewa.
abang.
boleh ajarkan saya solat?
ibu tak sempat masa hidupnya.
boleh tunjukkan cara berwudhuk?
saya mahu solat.
kemudian pinta sangat banyak pada Allah.
bahagiakan ibu di sana.
ibu bukan orang jahat.
ibulah yang terbaik sedunia.
izinkan ibu cium wangi syurga.
ampunkan semua kesalahan ibu.
ringankan siksa ibu.
kuatkan saya.
jadikan saya hambaNya yang baik.
dia peluk si kecil itu.
adik,
bagaimana abang mahu ajarkan?
sedang abang ini lama lupa pada sejadah.
lama sudah tidak ruku' dan sujud padaNya.
bertahun abang tidak membaharui syahadah.
abang,
ibu kata Allah maha penyayang.
dia peluk tubuh adik yang dulunya kecil.
segala puji bagi Allah.
Tuhan yang memegang takdir hamba2Nya.
pertemuan waktu rembang itu memberi erti.
semoga dosa2nya terampun.
semoga dengan memberi teduh kepada adik ini, dia diberkati.
semoga ibu ayah punya dia dan adik bahagia.
semoga dia dan adik di bawah perhatianNya.
selalu.
agak2, tajuknya apa buat karutan aku ini?
5.7.09
.reminiscence.
rasa tidak sihat.
rindu ramai orang. mama, ayah, aqel, dua budak gemuk, miza, irsyad, umai, tasha, aini, ejan, and the list goes on.
buka folder gambar dulu2. folder: eternal love. jumpa gambar2 projek merapu aku, aqel, dan dua budak gemuk. hehe. banyak aktiviti kami berempat kalau bosan. gelak2. gaduh2. menangis2. lepas itu gelak2 balik. sebab aku sumber pendapatan cd game dan material yang lain, dua budak gemuk takut kalau aku ugut. automatically, mereka akan ikut cakap aku kalau aku ajak buat benda2 merepek. hehe. seronok weh being the eldest. banyak2 projek, projek ni yang buat aku gelak seorang hari ini. tema projek aku dan aqel adalah transformasi.
aku takut bila kami semua membesar. satu hari nanti mesti kami ada keluarga sendiri. boleh kami gila rapat lagi? keluar berempat, mengejar dan dikejar monyet sama2 (stupid gila ok), joget2, menyanyi2, kutuk mengutuk, buat documentary, etc. merepek semua itu. tapi aku mahu kekal begitu sampai kapan pun. yes, it is very childish of me. so?
2.7.09
tagged-pebende ni...
Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.
1. Bekas kekasih saya adalah :
- tidak wujud
2. Saya sedang mendengar :
- lagu merapu mat salih
3. Mungkin saya patut:
- berdiet
4. Saya suka :
- makan
5.Sahabat-sahabat baik saya :
- bkn budak2 poyo
6.Saya tak faham :
- bende yg tgh distudy skrg
7.Saya kehilangan :
- byk bnde
8.Ramai yang berkata :
- BN stands for bini najib
9.Makna nama saya :
- petunjuk
10.Cinta itu adalah -... satu perkataan bahasa melayu
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- berfikir cara untuk menipu org lain
12.Saya akan cuba :
- mengawal nafsu makan
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- fantasi
14.Telefon bimbit saya :
- elok lg
15.Bila saya terjaga dari tidur :
- pegi kencing
16.Saya paling meluat apabila :
- kene tipu
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- kungfu panda
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- sekolah rendah
20.Hari ini :
- hari jumaat
21.Malam ini saya akan :
- pikir nk wat ape esok
22.Esok pula saya akan :
- pikir pasal malam esk
23.Saya betul-betul inginkan :
- ps3
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- normal lg aku ni
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- lagha
26.Makanan Barat atau Jepun :
- masakan melayu
27.Bilik yang terang atau gelap:
- gelap
28.Makanan segera adalah :
- mahal
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- mcmane skrg ni?
- sape2 rajin nk wat, jemputla
.tagged - fathen.
Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.
1. Bekas kekasih saya adalah :
- lelaki.
2. Saya sedang mendengar :
- firasat - marcell.
3. Mungkin saya patut:
- keluar menikmati cahaya matahari.
4. Saya suka :
- bercakap.
5.Sahabat-sahabat baik saya :
- ... adalah anugerah.
6.Saya tak faham :
- banyak benda dalam dunia.
7.Saya kehilangan :
- banyaklah saya hilang. benda, masa, orang, etc.
8.Ramai yang berkata :
- erk. entah.
9.Makna nama saya :
- pemurah. tiba2 dapat makna baru. cari ikut internet. pembawa kesetiaan. betul ke? entah...
10.Cinta itu adalah... naluri.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- berjalan2 sambil mendengar lagu kegemaran.
12.Saya akan cuba :
- menjadi sedikit diam. saya cuba ok, hehe.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- sampai kapan pun =)
14.Telefon bimbit saya :
- rosak. sekarang guna telefon zaman 90an. haih.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
- saya tengok siling.
16.Saya paling meluat apabila :
- "semua dia betul. kita je salah."
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- comel saya.
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- sekolah menengah. rindu...
20.Hari ini :
- saya plan nak duduk dalam bilik je...
21.Malam ini saya akan :
- tidur gila awal.
22.Esok pula saya akan :
- ke Newtown.
23.Saya betul-betul inginkan :
- sesuatu? seseorang?
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- "ni rasaksa ke orang?"
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- pusat beli-belah.
26.Makanan Barat atau Jepun :
- sushi.
27.Bilik yang terang atau gelap:
- bergantung kepada situasi.
28.Makanan segera adalah :
- cepat.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- "diana... mantap! kejap je dah siap. hehe."
- syadow! (dengan nada menganjing. hehe.)
itu pun kalau kau nak buat ok syad... tiada paksaan.
1.7.09
.when the hope is stong.
that she will always be waiting for him.