perkara yang aku nak kongsi untuk difikirkan bersama ialah RM1300 dan tempoh 33 tahun. kita masih muda.duit pon xbanyak mana. mungkin jugak kita akan cakap "mana mampu RM1300. banyak tu."tapi dengan umur yang muda ni, berapa yang telah kita habiskan duit untuk perkara yang tak wajib. sedikit contoh:
1. komputer
2. telefon pintar@ipad@blackberry
3. kereta@motorsikal
4. yuran belajar universiti
5. percutian keluar negara@dalam negara
6. majlis perkahwinan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit (bagi yang dah berkahwin)
kalau ditakdirkan kita mati pada usia yang muda ini, tanpa mendaftar haji. bagaimana nasib kita nanti?jika ditanya kenapa kita tidak menunaikan haji..takkan kita nak jawab tak mampu sedangkan kita ada benda2 yang kat list atas tu. kalau kita mendaftar, at least niat dah terpasang. kita hanya menunggu giliran yang bukan dalam kuasa kita.
untuk pergi haji aku tak tau berapa kos sebenar. tapi yang pasti kena ada lebih RM10000. yg part RM10000 ni mmg susah lah. tp InsyaAllah kalau kita berusaha simpan RM1 sehari, dalam 33tahun menunggu tu dah ada lebih RM12000. mungkin kita akan mampu untuk ke sana bila tiba giliran kita.
ini sekadar perkongsian untuk kita renungkan bersama. Menunaikan haji ni rukun Islam. so tak bole la kita nak amik ringan je kan benda macam ni.
No comments:
Post a Comment