langit mendung.
baru saja lepas hujan.
mungkin esok bakalan hujan lagi.
sebab itu bila aku dongak ke langit awan masih berat.
dulu aku tidak gemar sama hujan.
hujan boleh buat aku sedih, jadi melankolik.
tiba2 hari ini aku rasa nyaman.
warna kelabu di sekeliling aku buat aku tenang seketika.
aku senyum sendiri, perlahankan langkah.
nikmati nyamannya bau daun dan jalan yang basah dengan hujan.
oh, indahnya.
dalam kepala aku,
aku sedang depakan tangan, berpusing-pusing, sambil pejam mata.
oh, kawan aku (pemilik blog ini) tinggal lagi dua kertas.
*aku cuma menumpang. abaikan entri yang punya titik pada awal dan akhir tajuk entri.*
11 tahun dulu dia benci sama aku.
dia kata aku kecoh, cintakan perhatian.
haha.
itu cerita dulu.
6 tahun selepas itu, kami berjumpa semula.
sekarang kami sekapal.
dia kata aku kecoh, cintakan perhatian.
haha.
itu cerita dulu.
6 tahun selepas itu, kami berjumpa semula.
sekarang kami sekapal.
selamat semuanya wahai sahabat.
semoga keputusan kamu nanti bewarna-warni.
No comments:
Post a Comment