30.4.09
.bunuh diri.
"masyarakat menjadikan manusia pada hari ini sangat berkonsepkan individu. meningkatkan diri, menjadi yang terbaik, mencapai keputusan yang paling cantik dan memampukan diri berdiri dengan megah. semua ini menyumbang kepada tekanan. tekanan seterusnya membawa kepada self blaming. kemudian manusia akan mencari jalan untuk melupakan kesakitan itu.
dan selalu hasilnya adalah ketenangan sementara. lalu, jalan itu menjadi semakin kompleks dan manusia secara separa sedar telah menjadi penat dengan usaha coping itu. daripada comfort eating kepada drinking to forget kepada drug abusing. akhirnya manusia akan nampak satu jalan sahaja yang memungkinkan mereka keluar daridapa tekanan itu selamanya. bunuh diri."
psychache (intolerable state of psychological distress) results in suicide.
itu kata seorang scholar barat. beliau tambah lagi. mereka itu membunuh diri kerana merasakan tidak ada seorang pun yang mahu dengar mereka. ada bersama mereka. faham keadaan mereka yang sangat terdesak. dalam kuliah hari itu, aku bual dengan hati, memang betul. masyarakat, orang sekeliling, persekitaran yang menekan individu. kelelahan menjadi yang terbaik dan memuaskan hati semua menyebabkan hilang toleransi terhadap diri sendiri. tapi kita Islam. kita ada Tuhan yang maha penyayang. kalaupun rasa dunia sangat menolak, orang di sekeliling buta dan tuli sama sesaknya dada, beratnya kepala, adukan sama Dia. Dia akan dengar. jangan pernah bosan atau penat. kalaupun tidak di sini, ada bahagian di daerah sana. yakin dengan itu. jam 6.05 petang, habis kuliah, aku buat kesimpulan. kepercayaan dan bersangka baik pada Tuhan yang menghalang individu daripada mengambil nyawa yang sebenarnya adalah hak Dia (kenyataan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman).
Allah is sufficient for me, there is no god but He; on Him do I rely, and He is the Lord of mighty power. (At-Taubah:129)
- negara ini adalah negara yang keempat tertinggi di dunia in regard to suicide case. In fact,
kematian akibat bunuh diri lebih tinggi daripada kecelakaan jalan raya.
- sudah ada beberapa suspect selsema babi di sini. aku cuak. untuk kami dan aku sendiri. semalam, aku mengadu kepada kawan aku dan dia kata "bukan kat mexico je ke?". erk. apakah encik? seorang daripada kami tidak sihat yang amat. die ke klinik tadi. semoga dia pulang membawa berita baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
update: dia cuma flu yang serius sahaja. syukur Tuhan...
Post a Comment