30.6.09

ape bende alah la ni...




sekarang ni, team2 bola sume sibuk mengeluarkan jersi2 baru untuk season yg akan datang ogos nnt...jadi sebagai penggemar chelsea, aku pon excited la nk tunggu jersi baru.tp perasaan excited tu bertukar jadi "ape kejadah nye nih"...yg belang2 ni away shirt..mcm najis..da la kaler biru..ayam btol..baju home pon kaler biru gak..

yg home ni, pattern nk ikot mcm baju russia..tp baju russia cntik..ade corak..mmg agak menghampakan la season ni..tp xpe..baju tolak tepi..yg penting main kene cantik dan menang liga plus champions league..

27.6.09

essence of the king

balik ke jb lagi semalam.misi utama nak jmpe abg aku ngan anak dia yg super comel.mmg bes la dpt main ngan budak kecik ni.semalam, g makan kat jusco.aku 1st time makan kat nando's.haha.bole tahan la.tp sos dia bapak xsedap.time tgh makan budak kecik ni muntah..hehe..ksian bapak dia..stroller maclaren baru beli sbulan.da kne muntah..pas da abis makan n bersihkan budak kecik ni, dudok la kat kerusi..lepak2 jap..time ni la budak kecik ni buang air kecik+besar..haha..pampers lak bocor..kene kat seluar bapak dia skit..bapak dia angin gak la skit..tp budak kecik ni mmg pandai gile..time tu la dia wat muka comel..muka xbersalah..senyom..gelak2..pegang2 muke bapak dia..wat manje..jadi budak baik la secara automatic..teros senyom bapaknye..haha..budak kecik ni mmg power la..dia senyom je sume org cair..xjadik nk marah..kelakar pulak bile tgk budak ni mcm 2..

kat rumah lak, ade durian 2 guni..mak aku mcm tau2 je aku nk makan durian..tetibe je da ade kat umah.aku pon ape lagi..secara solo membedal 2 biji..agak rabak la nk mengabiskan sorg 2 biji yg besa..tp sbb sedap nye pasal abis gak..tp akibat dari pemakanan itu, malam 2 perot menjadi xsedap.sebu.dan yg paling xbes kencing bau durian.peh..mmg rare gile..

kesimpulannya, makan setakat yg mampu je..jgn paksa2..nnt kencing bau bnde yg dimakan secara berlebihan dan terpaksa itu...

25.6.09

.bandar permaisuri dan gereja kris.

entri bual.

semalam aku sampai bilik pukul 830pm. 22-25 aku ke queenstown dan cristchurch. cantik... kalau ke nz, pergi 2 tempat ni saja pun dah sangat cukup. tapi aku tak ski. aku cuma melihat2. aku cerita dengan gambar ya. cari gambar yang tak ada orang, tak banyak. maaf.



dekat queenstown. lapar gila. berhenti dekat kedai kebab. halal. masuk dalam kereta. arifah tanya, "ada bau chips la. kuat. siapa beli chips?" fathen jawab, "popo, kita la." najmi yang duduk depan terkejut, "beli chips ke?" "taklah. kita beli seafood basket. tapi ada chips dalam ni. nak ke?" najmi jawab, "tak boleh makanlah chips tu. brother tu tadi tak bagi aku beli chops. dia kata chips ni masa batter campur alchohol." fathen tak puas hati, "ala... nape dia tak cakap?" "dia tak perasan kot ten..." fathen geram, "dia ingat aku ni ape? perempuan bertudung 'modern' yang minum alchohol? ke ingat aku pakai tudung sebab budaya? tak pun sebab sejuk" hehehe. tak pelah ten... lupa agaknya.


warning: paragraph berunsur negatif.
jumpa student malaysia. undergrad rasanya. kita orang ni yang terkedek2 pergi salam, tanya khabar, dia orang jawab pun acuh tak acuh. macamlah kita orang ni sibuk sangat nak berkenalan dengan bakal2 doktor. aku apa lagi. angkat kaki. malas. sorrylah kawan. nasib baik fathen and diana baik. lagi best jumpa sisters. tak kira kat mana tegur, bagi salam. kenal tak kenal belakang cerita. negara apa pun asal, letak nombor dua. yang penting ukhuwah. akak2 yang ambil m.a, dah ada family tak ada pun nak sombong2. in fact, kalau jumpa dekat food court boleh je tegur sekejap. haish, nadiah. cukup.


masa round cristchurch, aku dengan fathen pergi coffee shop. aku berdiri depan counter, baca menu cari coffee yang aku tak pernah minum. dengan cofident aku order irish mocha. uncle depan tu dah macam confuse. dia tanya lagi. aku cakap, "ye... saya memang nak irish mocha." dia pun explain, "dear, irish mocha ni ada alchohol." "oh yeke? hehe. saya tak tahu." "kalau macam tu, saya suggest kamu ambil irish latte. yang ni tak ada alchohol." "ok lah pakcik. by the way, terima kasih banyak eh sebab beritahu saya."
aku pusing pula ke deretan muffin dan cake. "uncle, saya nak savoury muffin." "erk... ada baconlah love." "yeke? saya ingat vege punya. coffe je lah uncle. saya minum dekat atas tau uncle. terima kasih. daa~"


sampai airport welly, aku nampak dua lelaki melayu tengah solat kat tepi kerusi. aku cuit fathen. fathen tengok aku. senyum. aku balas senyum dia. solat di museum, atas rumput, bawah pokok, dalam library biasa bagi orang di mana2 negara yang tak ada surau ataupun masjid. tapi ada sebab kenapa kami tersenyum lega.


lepas tu on the way balik rumah, kami ambil shuttle. senang. bag semua besa tak ingat. malas nak naik bas. lepas tu tarik bag jauh2 balik rumah. dalam shuttle driver tu tanya, "awak semua ni dari mana? malaysia ke indonesia?" "malaysia" "oh... awak tahu tak, saya ni dah sampai malaysia lagi banyak daripada awak... 14 kali agaknya. saya dah sampai kl, jb, tapi saya tak sampai lagi la ipoh." kawan aku jawab, "oh... awak pergilah pantai timur lepas ni. tengok2la." driver tu ketawa je. lepas tu ada ke dia tanya, "awak tak pergi casino ke?" aku telan liur, "taklah. mane boleh. kite orang tak boleh pergi casino la." dia gelak lagi "kenapa?" kawan aku jawab, "its forbidden" lepas tu dia kata, "haa... ni mesti sebab awak sibuk cari boys" entah apa2 la pakcik ni. malas nak layan, kami gelak je. tiba2 dia cerita, "kalau dekat malaysia, ada satu masa tu... apa tu? haa... ramadhan. saya pernah jumpa prang sorok2 makanan bawah meja, counter semua. dia orang ingat Tuhan tak nampak ke kalau sorok2? memanglah orang tak nampak. tapi ingat Tuhan tak nampak ke benda2 underneath ni?" erk. semua diam. sunyi... tak tahu nak jawab apa.

kesimpulannya? buatlah conclusion sendiri daripada apa yang anda faham. ini bual random yang berbaur specific. hehe.
aku ini masih lompong imannya, tak sempurna ibadatnya. pakaian sekadar menyaluti tubuh, bukan menutup aurat. hati pun hitam legam.




oh, gambar atas ini. steewardess tertinggal seat belt untuk demo atas seat aku. aku berangan sekejap. sedar diri tak lepas jadi stewardess sebab gemuk. dapat demo curi2 pun ok apa. =)

22.6.09

aku pakai medium

tadi aku bangun tido.tetibe rs mcm xbes je time gosok gigi.jadi aku wat keputusan untuk pergi ke dentist.free je.sbb kat pusat kesihatan uthm.sampai je sana kne tunggu dkat 30minit baru dapat masok.ni 1st time aku gi dentist kat uthm.nasib baik doktornye baik lemah lembut peramah serta sedap mata memandang.dia cek kata bagos xde lobang pape.tp byk karang gigi."awak ni beros gigi cara salah ni". aku pon terpikir balik.last time aku blaja gosok gigi kat sekolah rendah.colgate datang bagi beros gigi.pas tu beros gigi tepi longkang.skrg ni pon aku gosok main bedal je.patotla tak bersih.dengan xmembuang masa lagi, doktor tu pon tarah la gigi aku ni yg da bpe tahun xcek kat dentist.

lpas da selesai membersihkan gigi aku ni, rs lain macam lak.mcm something kurang.doktor tu ckp mmg mcm tu lpas bersihkan..da bersih2, dia suro aku dudok.dia pon bagi la lecture pasal gigi.pasal gingivitis, ape ntah lagi.plus dia ajar aku mcmane teknik beros gigi dgn betol.bkn macam beros lantai yg aku slalu wat tu.dan kesimpulannya:

1. gune beros gigi soft
2. gune ubat gigi berflorida
3. pas gosok gigi gune ubat kumur
4. gne dental floss kalau still ade lekat2 kat gigi lpas beros

jadi, jagalah kesihatan gigi kita.

21.6.09

.glorious all blacks.



abaikan suara yang over excited. sorry.


masa match, hujan lebat gila. suhu turun. sumpah tak tipu. sejuk yang amat. terketar2 tahan sejuk. macam mana ek players boleh tahan dengan jersy+seluar yang pendek habis tu?

players (especially all blacks) bersemangat yang amat. macam tak kenal sakit. telinga berdarah tak sedar, kepala terkoyak spray je. lepas tu continue. dahi berdarah buat tak tahu. salute. gila kagum aku sama mereka. all blacks menang! =) seorang kawan aku support france. mati keras kena kutuk. hehe.

aku paling suka lihat mereka angkat kawan untuk ambil bola. macam terbang. ringan. oh, dengan hakka. macho gila.

tapi, bau masam arak buat aku sedikit tak selesa. tambah dengan takut kalau2 on the way balik jumpa orang mabuk. arak tu macam plain water je agaknya pada mat dan minah saleh. alhamdulillah, selamat sampai bilik.

overall, it was soooooo amazing.



20.6.09

gerak kerja

semalam aku gerak g kl...saje follow ayob ngan labi...tiket bas pon ayob payong..mmg caghe la...xde plan pape pon...misi utama nk g kl, ayob amik kete kat sane pas 2 balik...jadi sampai je kat pudu, jadi blur...xtau nk wat ape..pas tu labi pon bg idea.."klcc jom"...sbb xde plan, maka klcc la hala tujunye...maka bergeraklah...tetibe tgh jalan, terpikir...apasal kite jalan kaki eh...peh...mmg agak sengal terasa di situ...tp sbb da terjalan agak jaoh, maka berjalan kakilah dari pudu ke klcc...satu pengalaman yg cukop true...smpai je klcc, baju aku da basah gile...mmg target utama bile smpai kat sane ialah air cond...mmg terasa heaven bile dpt aircond...sbb ayob lapa, aku lapa skit je..maka pegila ke burger king...da lame rase xmkn burger king...asyik mcd je..boring gak...lpas lepak2, refill air 3 kali...kembong perot...g la umah akak ayob..sbb da pnat xjd balik tros..tido semalam...kat sane ade ps3...mmg caghe...aku pasang cite dark knight...dgn blu-ray...gambar dia mmg TERBAIK!!!puas ati gile...mmg aku target nk bli klo da keje nnt...

bgn pagi, maka mulalah misi pulang ke bp..on the way, tetibe timbol idea..."a famosa jom"...sbb jalan xde plan, bile ade idea tros je grak...lgpon 3 org je..xssh...bes gak la...1st time pegi sane...gelungsur dia mmg caghe..tp sbb berat bdn yg menjangkau 3 digit, aku xberani nk naik yg tinggi skali 2...tp yg lain aku try..gelungsur yg pusing2 syok gak la..tgh turon tetibe je kaki aku da kat kepala ayob...agak laju la aku ni...mmg puas ati la..pas 2, main bola dgn budak2 yg xknal la..macam2...

on the way balik, g mkn a&w..float mmg terbaik...

dlm kete aku tido je la dan mcm biase ayob la yg drive all the way...

kpale pening, badan penat tp aku rs happy...mmg fun wat bnde2 mcm ni...

"so, kemane kite lg?"

18.6.09

.dakwah vs material.

as quoted from haziq (2009), "long ni , achik nk ckp skt ni , sesiapa yg meminati seseorang dan dia tidak memberitahu kpd sesiapa pun maka jika dia meninggal dunia , dia meninggal dlm keadaan syahid. itupun jika dia meminati seseorang itu dengan hati yang begitu ikhlas.... ni betol tau abg cik dengar kt ustaz achik. jika anda mahu lagi pengajaran yg berguna maka sila belikan kst,beg,baju ,dan sweater. kalu ade baju s.o.d.a smart gile baju tu hahahaha....."



materialistik tak ada tahap.
cet! ingat apa? aku ni cop duit? isteri orang kaya? seronok jadi kamu ye...
by the way, i have already known that. so, i won't buy your words. hehe.

17.6.09

.kembali senyum.

tajuk sama dengan lagu saduran izwan pilus.
geli.
haih.
lepaskan keluhan dulu. hehe.
finally,
sem yang sangat bz berakhir.
gila tertonggeng aku siapkan assignment.
10000+ words in 1 week.
macam buat thesis ok.
june 15 - was the last submission.
yeay!!!! (walaupun agak terlambat untuk menjerit)



.buah hati dari jauh.



june 12-17, but to be more precise, june 15-17 habiskan masa dengan rakan2 aussie.
june 12-15 menghadap laptop sahaja.
bayah, toko, sorry eh...
"aku janji. nanti balik msia kita gi tengok movie. makan banyak2! gelak kuat2! bual2 tentang segala hal."
masa sama mereka semua itu seronok!
knock2. "encik masa, boleh kamu beri aku masa itu?"

oh, june 20:
mahu lihat lelaki2 sasa berebut sebiji bola lonjong.
all blacks lawan france. whoaa!
aku tak tahu apa2 tentang rugby. yang aku tahu, kalau bola cecah di garisan putih, mata diambil.
tapi tak apa kan? bayar untuk cuci mata. hehe.
pervert!

15.6.09

jangan pikir

pengalaman mendewasakan kita...dari kecik kita mmg diajar untuk plan semua bnde yg kita nk wat...parent suro blaja pandai2.nnt besa dpt keje bagos2...dari kecik pon kita dah diplankan utk jadi ape..sekarang ni bile dah besa, merancang ni jadi macam bnde yg xbes..

ape yg aku dapat sejak beberapa minggu yg lpas, plan ni hanya menyusahkan...skrg ni, aku follow the flow je...dan hasilnya, byk bnde yg aku xpnah buat aku da buat...hasil perjalanan tanpa perancangan aku:

1. main hockey
2. rendam kaki kat dr.fish
3. 1st time pegi gig
4. jln kat bandar melaka (kampong aku kat melaka tapi xpenah ronda2)
5. beli topi
6. mandi kolam air panas

jadi, shekaghang aku nak pikir pasal masa depan...malas nk pikir bnde yg da lpas...

kembali kepada petak pertama...

4.6.09

.tidak bertajuk.

datang.
cerita.
kongsi.
ketawa.
menangis.
peluk.
paut.
diam.
hilang.


engkau lupa,
aku tetap perempuan.

2.6.09

tiada

tiada apa-apa berlaku di sini